Pages

Monday, April 5, 2010

Pintu masih terbuka untuk kepulangan Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo... masih lagi diharapkan kepulangannya ke Old Trafford.

Kepulangan sesasi ke Old Trafford mungkin berlaku untuk Cristiano Ronaldo, selepas pengurus Manchester United membayangkan mungkin akan mendapatkan semula penyerang tersebut pada musim hadapan. Bintang Portugal tersebut menyertai Madrid pada musim panas lepas dengan harga rekod dunia £80juta.

Meskipun pencapaian mantap Real dalam Liga sepanyol, tetapi Real Madrid terkandas di pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah untuk musim keenam berturut-turut selepas dikalahkan lyon dengan agregat 2-1 dan terdapat tekanan dari akhbar Sepanyol yang ingin melihat pemain Real Madrid menunjukkan permainan seperti tanda harga perpindahan mereka.

Ferguson memberitahu bahawa Ronaldo mungkin bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan yang menjadi tumpuan.

"Saya tak fikir Real Madrid kelab yang mudah untuk diwakili". Dia mengatahui nilai Manchester United dan Ruud Van Nistelrooy telah berkata perkara serupa, kerana apa yang mereka tiada di sana adalah perlindungan." Pemain datang berlatih setiap hari di Carrington (United) dan tiada siapa di sini selain pemain dan staf kejurulatihan, manakala di Real Madrid ada 2000 orang menyaksikan latihan dan media merakam sesi latihan mereka setiap hari. Di United kami tidak membenarkan pendedahan terhadap pemain kami. Apa yang seseorang pemain dapat di United adalah perlindungan. Mereka datang untuk latihan setiap hari dan tiada sesiapa yang akan menganggu mereka" kata Sir Alex Ferguson.

Walaupun pemain Portugal itu hanya berada di Madrid kurang dari setahun, Ferguson tidak akan mengetepikan kepulangan Ronaldo ke Old Trafford di masa hadapan. "Anda mahu memikirkan Ronaldo pulang ke sini tapi anda tak pernah akan tahu. Saya tak rasa dia akan kekal di Real Madrid seumur hidupnya kerana ada banyak cabaran lain untuknya di sana."

Pengurus United itu menambah dia sentiasa berhubung dengan Ronaldo. "Saya masih lagi menjalin hubungan yang erat dengan Cristiano- dia pemuda yang baik"  

Sebelum ini Ronaldo juga pernah berkata kepada media bahawa kemungkinan dia akan kembali ke Old Trafford, tetapi dia tidak menyatakan bila dia akan kembali.

 Sir Alex Ferguson begitu kecewa

Sir Alex kecewa kerana tidak dapat berhadapan dengan Cristiano Ronaldo di Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pengurus United itu masih lagi menganggap bintang Real Madrid tersebut sebagai pemain terbaik Dunia, meskipun pada masa yang sama mendakwa Wayne Rooney adalah yang terbaik.

"Saya kecewa untuk Ronaldo kerana tak layak, Saya ingat akan muncul peluang untuk menentang Real Madrid" kata Ferguson.

05/04/10 - Majalah Wisel & The Man is U.