Pages

Sunday, April 11, 2010

Tanpa Rooney M.U mati..

Keadaan semakin tertekan, adakah Manchester United masih mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana musim ini.?

Pintu hampir tertutup buat Manchester United untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali yang keempat berturut-turut kerana mereka hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Blackburn Rovers malam semalam.

Keputusan tersebut menyebabkan M.U pulang dengan satu mata(point) dan berbaki empat perlawanan, oleh itu sekarang pasukan M.U hanya bergantung pada nasib, sekiranya Chelsea dan Arsenal memenangi perlawanan mereka hari selasa dan rabu ini. Maka impian Manchester United lebur dan menamatkan musim 2009/2010 tanpa Piala Liga Perdana.

Berkaitan pertemuan dengan Blackburn malam tadi, harapan peminat begitu tinggi untuk M.U memenangi perlawanan dan mengharap persembahan luarbiasa akan berulang seperti semasa mereka menentang Bayern Munich rabu lalu. Tetapi apa yang kita nampak hanyalah persembahan yang menyedihkan.

Mungkin ada diantara peminat terfikir, kenapa Sir Alex Ferguson menurunkan barisan kuda tua yang hampir pencen semasa menentang Blackburn Rovers di tempat lawan. Sedangkan mereka tahu pertemuan itu sangat penting untuk dimenangi, kerana selepas itu mereka hanya ada baki 4 perlawanan sahaja yang tinggal untuk membuka peluang memenangi Liga Perdana.

Adakah kerana perasaan terlebih yakin menguasai mereka, kerana hanya menentang pasukan yang kerdil seperti Blackburn ataupun pengurus tersalah membuat percaturan.

Sebenarnya inilah antara masalah pasukan Manchester United pada musim ini, kerana pengurus silap membuat percaturan akhirnya membawa padah kepada mereka. Kita memang tahu Sir Alex tidak menurunkan kesebelasan utama dalam perlawanan itu, kerana minggu depan mereka akan bertemu dengan musuh ketat mereka iaitu pasukan Manchester City. Tetapi tidak sewajarnya Sir Alex menyimpan pemain mereka, kerana setiap perlawanan sangat penting untuk mengutip 3 mata penuh.

Sekiranya kita ada membaca media berkaitan Chelsea, sebelum ini. Pengurus mereka iaitu Carlo Ancelotti serius menegaskan bahawa mereka akan menghabiskan baki 5 perlawanan ini seperti "perlawanan Final" dan akan menurunkan kesebelasan utama mereka agar mendapat hasil yang diharapkan.

Selain daripada tersilap membuat percaturan, masalah pasukan Manchester United juga adalah kerana terlalu bergantung dengan penyerang mereka Wayne Rooney dan apabila Rooney cedera seperti sekarang, keadaan pasukan M.U menjadi tidak menentu, terumbang ambing tanpa arah dan akhirnya kecundang.

Memang tidak dinafikan musim ini Manchester United hidup kerana adanya Wayne Rooney... Tanpa Rooney M.U mati...