Pages

Wednesday, April 14, 2010

Roo back for City

Rooney back for City clash

Wayne Rooney has told boss Sir Alex Ferguson he will be back for the big Manchester derby on Saturday. The England striker was forced to sit out United's last two league matches due to an ankle injury - and the champions struggled without him. He was a surprise starter for the Champions League quarter-final, second leg with Bayern Munich last Wednesday. Rooney lasted only 55 minutes before hobbling out of the tie. But he has told friends the ankle is now fine and that he should be ready to line up at Eastlands. Martin Blackburn, The Sun

The Sun also picks up on Ryan Giggs' comments that United will not give up the title without a fight.


14/04/10 - ManUtd.Com
 

£60 juta (RM336j) untuk beli Benzema


MANCHESTER: Tertekan selepas gagal layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah serta situasi tidak menentu sama ada dapat mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Sir Alex Ferguson kini ghairah mahu membeli bintang Real Madrid, Karim Benzema dan penyerang Valencia, David Silva.

Pengendali berbangsa Scotland itu difahamkan memujuk pengurusan tertinggi Manchester United untuk berbelanja besar mendapatkan dua bintang itu dari Liga Sepanyol dengan harga £60 juta (RM336 juta).

Ferguson mahu kedua-dua pemain ini memantapkan skuad yang sudah bergoyah selepas tersingkir daripada buruan beberapa trofi, musim ini tetapi tidak mudah panik kerana percaya perubahan besar tidak perlu dilakukan untuk kembali ke landasan kejuaraan.

Pemilik United, keluarga Glazers, mendakwa wang daripada penjualan Cristiano Ronaldo berharga £80 juta (RM448 juta) masih ada untuk rundingan pembelian seterusnya.

Ferguson cuba mendapatkan Benzema, 22, musim ini tetapi gagal selepas penyerang Perancis itu memilih Real Madrid yang memancingnya dengan harga £35 juta (RM192 juta) tetapi United percaya dapat membelinya dengan angka £25 juta (RM137 juta) kerana dia nampak kurang menyengat di Bernabeu (Real Madrid).

Jika Fergie mendapat lampu hijau untuk berbelanja besar bagi kelab yang turut dilanda beban hutang itu, dia akan membuat perubahan kecil tetapi mahal.

Pengurus warga Scotland itu yang pernah diberitahu dia tidak akan memenangi sebarang trofi jika bersandarkan kepada pemain bertaraf ‘budak’, terpaksa bergantung kepada barisan pelapis muda di Old Trafford apabila beberapa pemain veteran seperti penjaga gol Edwin van der Sar, 39, Gary Neville, 35, dan Paul Scholes, 35, mula hilang sentuhan.


14/04/10 - Berita Harian

Berbatov mungkin disingkirkan Akhir Musim ini?

Manchester - Kesabaran Sir Alex Ferguson pada Dimitar Berbatov nampaknya sudah berakhir. Dikhabarkan bahawa Sir Alex Ferguson bakal mennyingkirkan Dimitar Berbatov pada penghujung musim ini dan digantikan dengan Karim Benzema.

Manchester United mendapatkan Berbatov dengan bayaran yang mahal sekitar £30.75 juta pound (RM153.099 juta), dari Tottenham Hotspur, Tetapi Berbatov dianggap sebagai pembelian yang gagal. Sejak tiba di Old Trafford pada 2008 lalu, dia tidak pernah menunjukan persembahan yang diharapkan.

Ketidak percayaan Fergie terhadap striker Bulgaria itu kelihatan pada saat The Red Devils bertemu Bayern Munich di pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, dimana pasukan United memerlukan kemenangan untuk memastikan layak untuk ke separuh akhir, oleh itu Ferguson terpaksa mengambil risiko dengan menurunkan striker harapan mereka, Wayne Rooney.

Beberapa hari sebelum bertemu dengan Bayern Munich, Berbatov juga tidak dapat membantu pasukan 'The Red Devils' sebagai penyerang utama malahan ditundukkan oleh Chelsea di Old Trafford. Mengikut laporan, itulah satu-satunya peluang United menjarak mata dengan Chelsea sekiranya mereka dapat menundukkan Chelsea. 

Semasa The Red Devils menentang Blackburn Rovers, Berbatov juga tidak dapat menunjukkan peranan besar setelah bermain dari awal perlawanan. Oleh itu, M.U terpaksa pulang dengan keputusan seri 0-0 menentang Blackburn menyebabkan MU menjarakkan mata dengan Chelsea yang kini sudah berada di tangga teratas liga.

Keadaan ini membuatkan Ferguson semakin yakin akan menjual Berbatov diakhir musim nanti. Laporan dari TheSun.

Nama penyerang penganti suda pasti adalah Karim Benzema. Iaitu pemain kebangsaan Prancis, dimana pemain ini menjadi sasaran utama Sir Alex Ferguson sejak tahun lalu, Karim Benzema akan kembali diburu pada musim panas nanti selepas pemain itu beraksi hambar bersama Real Madrid musim ini.

Beberapa laporan juga mengatakan Benzema hingga kini belum menunjukkan kehebatan sebenarnya di Real. Selain itu Benzema juga beberapa kali berhadapan dengan masalah kecederaan, oleh itu Benzema tidak dapat bersaing dengan Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo yang kini menjadi pemain kesebelasan utama Real Madrid.