Pages

Monday, March 22, 2010

Dendam terbalas Manchester United 2 - Liverpool 1.

MANCHESTER: Tandukan Park Ji-sung memastikan Manchester United kembali merampas persada Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Liverpool 2-1 di Old Trafford, semalam, manakala Chelsea sekadar seri 1-1 bertemu Blackburn.

Gol minit ke-60 oleh Ji-sung, membolehkan United mengumpul 69 mata, lebih dua mata ke atas Arsenal, dan empat mata melebihi Chelsea yang bermain kurang satu perlawanan. Fernando Torres terlebih dulu membuka jaringan untuk Liverpool dengan menanduk masuk bola melepasi jangkauan Edwin van der Sar, lima minit selepas permainan bermula.

United bagaimanapun pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil Wayne Rooney pada minit ke-12, selepas pengadil, Howard Webb menyalahkan Javier Mascherano kerana menjatuhkan Antonio Valencia, dalam kotak penalti. Sepakan awal Rooney berjaya ditampan Pepe Reina tetapi penyerang utama England itu sempat menampan semula bola yang melantun ke arahnya, ke gawang yang kosong.

United terus menguasai permainan dan Ji-sung memastikan kemenangan pertama United ke atas The Reds sejak Mac 2008 dengan menanduk masuk hantaran lintang Darren Fletcher. (Match-21/03/10)

22/03/2010-Berita Harian

0 Comments:

Post a Comment