Pages

Sunday, March 28, 2010

Bolton 0 - United 4.... Manchester United kekal di puncak liga (EPL).

LONDON: Juara bertahan Manchester United meraih semula kelebihan satu mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas Bolton di Stadium Reebok awal pagi tadi.

United yang memulakan permainan dengan dua mata di belakang Chelsea selepas Frank Lampard menjaringkan empat gol untuk pasukannya membelasah Aston Villa 7-1 di Stamford Bridge.

United yang bemain tanpa penyerang utama Wayne Rooney yang cedera mengambil masa 38 minit untuk mendahului menerusi gol sendiri Jlloyd Samuel. Juara bertahan itu hanya menambah gol apabila permainan berbaki 21 minit menerusi Dimitar Berbatov sebanyak dua kali sebelum pemain gantian Darron Gibson menambah gol keempat pada minit ke-82.
(Match-27/03/10)

28/03/10-Berita Harian

"Kemenangan ke-23 EPL, Manchester United untuk musim 2009/2010"

kemenangam M.U semalam sangat mendebarkan, kejayaan M.U menundukkan bolton 4-0, bermula daripada gol sendiri(own gol) drpd pemain Bolton Jloyd Samuel pada minit ke-37, hasil daripada hantaran lintang Ryan Giggs. Ini menunjuk nasib masih menyebelahi M.U.

Termasuk 1 gol(own gol)semalam, M.U telah mengumpul 11 gol(own gol) drpd 76 gol untuk musim ini.

Tanpa penyerag utama Rooney, M.U masih garang digelanggang lawan, dimana Dimitar Berbatov menjadi penyerang utama, walaupun Berbatov nampak lembab pada awal perlawanan. Tetapi dgn gaya permainan selamba beliau, 2 gol telah disumbangankan olehnya membawa kejayaan M.U dan beliau telah mengumpul 12 gol peribadinya untuk musim ini.

Pemain sayap kiri M.U juga, Nani cermelang menyumbangkan tenaga dengan gaya permainan tersendiri, mengelecek pertahanan Boltan sebanyak dua kali di tempat yang sama pada minit 76 dan 80, dimana dua hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol lawan berjaya disempurnakan oleh Dimitar Berbatov dan Darron Gibson.

Manakala kehebatan dibahagian pertahaan yang diketuai oleh Vidic juga tidak dapat dikecualikan dan penjaga gol Edwin Van Der Sar yang cermelang menjaga gawang walaupun berusia 39 tahun, tetapi pengalaman dan kemahiran sebagai penjaga gol terbaik dunia 1 ketika dulu, berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya drpd pihak lawan, tindakan beliau menyelamatkan gawang, sangat luarbiasa.

by: shah rizan

1 Comments:

SHAH RIZAN TALIN said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment