Pages

Wednesday, April 21, 2010

Berita baik untuk Manchester United.

Chelsea pasrah dengan Keputusan Drogba
London - Usaha Chelsea untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris mendapat tamparan hebat kerana penyerang utama mereka Didier Drogba dilaporkan tidak cergas 100% berikutan masalah kecederaan yang dialaminya. Walupun Chelsea sangat memerlukan tenaga dan sumbangan Drogba, namun kelab tidak akan memaksanya untuk bermain.

Dengan berbaki 3 perlawanan untuk mengakhiri kempen musim ini, keadaan ini membuatkan pasukan Chelsea mendapat kerugian besar. Selain itu The Blues juga kehilangan tonggak pertahanan berpengalaman mereka iaitu John Terry yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur Sabtu lalu(17/4), sementara Drogba yang mengalami kecederaan diragui untuk turunkan.

Maka tiga perlawanan yang akan dilalui ternyata sukar berikutan masalah yang dihadapi pasukan, kata Frank Lampard, mereka akan bertemu dengan Stoke City di Stamford Bridge  hujung minggu ini(25/04), seterusnya menentang Liverpool di Anfield dan diakhiri dengan menlayan Wigan ditempat sendiri.

Pertemuan yang dijangka paling sengit adalah apabila melawan Liverpool di Anfield, kerana pasukan Liverpool juga berhasrat memenangi baki perlawanan agar menduduki tempat keempat untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan. Sementara itu Chelsea juga perlu menang untuk terus menjaga jarak dengan pencabar terdekat, Manchester United yang kini hanya ketinggalan satu  mata di tangga ke dua liga.

Maka oleh itu, tidak dapat dinafikan bahwa betapa perlunya Chelsea kepada sentuhan berbisa Drogba yang telah menjaringkan 25 gol musim ini. Namun, sekiranya Chelsea tetap memnurunkan Drogba dalam setiap perlawanan, risiko kemungkinan kecederaannya bertambah parah akan menjadi lebih besar dan boleh mengancam kariernya di Piala Dunia Afrika Selatan Jun nanti. Oleh itu, kini keputusan terserah kepada Drogba sendiri.

"Itu akan menjadi pilihannya (sama ada bermain atau tidak), dia tidak masalah yang besar," kata Carlo Ancelotti, kepada Sporting Life.

"Dia akan mengambil keputusan di akhir musim samaada dia akan memilih untuk melakukan pembedahan atau tidak. Namun, belum dapat dipastikan juga apakah dia akan menjalani pembedahan," tambah Ancelotti.



0 Comments:

Post a Comment