Pages

Wednesday, April 14, 2010

£60 juta (RM336j) untuk beli Benzema


MANCHESTER: Tertekan selepas gagal layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah serta situasi tidak menentu sama ada dapat mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Sir Alex Ferguson kini ghairah mahu membeli bintang Real Madrid, Karim Benzema dan penyerang Valencia, David Silva.

Pengendali berbangsa Scotland itu difahamkan memujuk pengurusan tertinggi Manchester United untuk berbelanja besar mendapatkan dua bintang itu dari Liga Sepanyol dengan harga £60 juta (RM336 juta).

Ferguson mahu kedua-dua pemain ini memantapkan skuad yang sudah bergoyah selepas tersingkir daripada buruan beberapa trofi, musim ini tetapi tidak mudah panik kerana percaya perubahan besar tidak perlu dilakukan untuk kembali ke landasan kejuaraan.

Pemilik United, keluarga Glazers, mendakwa wang daripada penjualan Cristiano Ronaldo berharga £80 juta (RM448 juta) masih ada untuk rundingan pembelian seterusnya.

Ferguson cuba mendapatkan Benzema, 22, musim ini tetapi gagal selepas penyerang Perancis itu memilih Real Madrid yang memancingnya dengan harga £35 juta (RM192 juta) tetapi United percaya dapat membelinya dengan angka £25 juta (RM137 juta) kerana dia nampak kurang menyengat di Bernabeu (Real Madrid).

Jika Fergie mendapat lampu hijau untuk berbelanja besar bagi kelab yang turut dilanda beban hutang itu, dia akan membuat perubahan kecil tetapi mahal.

Pengurus warga Scotland itu yang pernah diberitahu dia tidak akan memenangi sebarang trofi jika bersandarkan kepada pemain bertaraf ‘budak’, terpaksa bergantung kepada barisan pelapis muda di Old Trafford apabila beberapa pemain veteran seperti penjaga gol Edwin van der Sar, 39, Gary Neville, 35, dan Paul Scholes, 35, mula hilang sentuhan.


14/04/10 - Berita Harian

0 Comments:

Post a Comment