Pages

Friday, April 9, 2010

‘Manchester United tak boleh kalah lagi’

Mesti menang baki 5 perlawanan jika mahu kekal trofi

MANCHESTER: Alex Ferguson akur Manchester United harus memenangi baki lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) andai mahu memiliki peluang mempertahankan mahkota kejuaraan mereka musim ini.

Ketika skuad Ferguson terbang ke Jerman bagi perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara menentang Bayern Munich, mereka dalam landasan memenangi tiga kejuaraan serentak.

Tetapi dalam tempoh hanya lapan hari impian itu berkecai dengan penuh menakjubkan tatkala United menyerahkan kedudukan pendahulu EPL selepas kekalahan kepada musuh ketat Chelsea dan kemudian tersingkir daripada saingan Eropah kepada Bayern Munich atas agregat 4-4 menerusi gol tambahan tempat lawan di Old Trafford, kelmarin.

“Kini kami tiada pilihan. Kami harus mendapatkan mata itu,” kata Ferguson yang akan membimbing pasukan menentang Blackburn Rovers, Ahad ini untuk merampas semula kedudukan pendahulu daripada Chelsea.

Apapun, kekalahan kepada Bayern sudah cukup untuk menghancurkan nasib United dan Ferguson sedar peluang tunggal mereka untuk menambah satu lagi trofi ialah memenangi baki perlawanan liga dan berharap Chelsea, yang berada di depan dengan kelebihan dua mata, akan tergelincir.

“Ia bukan satu masalah kecil. Kami melalui tiga keputusan buruk, itu tidak boleh dianggap masalah besar. Ia sesuatu yang luarbiasa buat kami untuk mengharunginya,” kata Ferguson. “Kami yang berada dalam situasi sekarang di mana kami sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah dan perlu menang lima perlawanan berikutnya.”

Di sebalik tewas 2-1 di Munich, kelihatan United di ambang menempah tempat di separuh akhir tatkala jaringan Darron Gibson dan dua penyudah cantik Nani meletakkan tuan rumah 4-2 menerusi agregat di Old Trafford.

Tetapi Ivica Olic mengurangkan defisit sebelum rehat dan kemudian pertahanan United, Rafael da Silva dibuang padang untuk dua layang kad kuning, memberi ruang kepada Bayern bagi menjaringkan gol menerusi Arjen Robben.

Berkaitan dengan kecedera Rooney adakan ia semakin parah??

Apa kata Sir Alex?
Penyerang England itu mengalami kecederaan ligamen buku lali kanannya ketika menentang musuh sama minggu lalu, dijangka tidak boleh bermain tiga minggu tapi tetap diturunkan dan hanya mampu beraksi selama 55 minit sekali gus menyebabkan kecederaannya bertambah parah.
“Terdapat kesan lebam teruk di buku lali kanannya,” kata pengurus United, Alex Ferguson. “Dia tidak akan diketepikan untuk jangka panjang kerana ia bukanlah kecederaan terlalu serius.

“Dia hanya tidak bernasib baik kerana kecederaan itu berulang. Dia kerap diasak lawan dan saya tidak rasa dia mendapat perlindungan secukupnya.” Awal minggu ini, Ferguson berkata Rooney yang sudah menjaringkan 34 gol musim ini, tidak diturunkan ketika menentang Bayern tetapi terdesak mahu mengatasi defisit 2-1 membuatkan pengurus itu tidak mempunyai pilihan lain.

Untuk sepanjang 41 minit pertama, kehadiran Rooney dilihat mampu menggugat benteng Bayern dan mereka ketinggalan 3-0 hasil jaringan Darron Gibson serta Nani.

Begitupun, taruhan itu mula menampakkan kesilapannya apabila Rooney terpaksa dikeluarkan dan United tersingkir gara-gara rembatan voli Arjen Robben yang membolehkan Bayern menamatkan saingan dengan keputusan 2-3 dan layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Ferguson menafikan dia menurunkan Rooney terlalu cepat - keputusan yang mungkin memberi kesan kepada lima perlawanan United selepas ini dalam usaha United mempertahankan kejuaraan liga tempatan.

“Dia sudah turun menjalani latihan sebelum ini dan tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kecederaannya,” kata Ferguson. “Dia melakukan apa yang disuruh dan keputusan ujiannya juga baik. Saya tidak mempertaruhkan risiko cuma dia tidak bernasib baik.” -


0 Comments:

Post a Comment