Pages

Friday, April 2, 2010

Nani telah bersedia.

Tanpa Wayne Rooney,
peminat-peminat Manchester United jangan risau....
Walaupun nampak mengecewakan hasil di Munich, Nani meletak kepercayaan yang tinggi untuk pasukan M.U terus kekal berada di tangga teratas Liga.

M.U berada di tangga teratas carta Liga dan mereka tahu kemenangan di Old Trafford akan menjadi satu langkah yang besar ke hadapan dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut.

"Ini sangat penting untuk kita kekal berada diatas carta Liga dan jangan bagi mereka sebarang dorongan apapun," kata Nani.

"ia akan menjadi satu keputusan besar, jika kami boleh mengatasi mereka pada hari Sabtu (esok) dan itu akan memberikan kita peluang besar untuk memenangi Liga Perdana musim ini."

Keadaan yang paling hangat pada masa ini adalah perlawanan M.U dalam kempen Liga Juara-juara Eropah dimana M.U harus menang perlawanan dengan Bayern Munich pada pusingan ke- 2 di Old Trafford dan Nani mengatakan semua pemain telah bersiap sedia untuk perlawanan akan datang.

"itu adalah normal selepas perlawanan besar ada lagi perlawanan besar pada tahap ini dan saya fikir anda harus menikmati keseronokan tekanan, "katanya.

"Kami melawan pasukan-pasukan besar di Liga Juara-Juara Eropah dan setiap permainan itu penting, oleh itu kami tidak jadikan ia sebagai halangan tetapi kami semua telah bersedia untuk cabaran itu dan bertekad untuk memenangi semua perlawanan."

02/04/10 - ManUtd.com

0 Comments:

Post a Comment