Pages

Saturday, April 17, 2010

Paul Scholes menjadi wira Manchester United...

Manchester - Manchester United harus berterima kasih kepada Paul Scholes. Hasil gol pemain veteran itu pada minit ke - 92 (18 saat sebelum wisel penamat ditiupkan), 'The Red Devils' berjaya mengalahkan Manchester City dengan jaringan 1-0.

Bermain di City of Manchester Stadium, Sabtu (17/4/2010), kedua-dua pasukan menurunkan pemain terbaik mereka. Di mana M.U, menurunkan Wayne Rooney yang telah sembuh dari kecederaan buku lali, manakala Manchseter City pula menurunkan dua penyerang utama mereka iaitu Carlos Tevez dan Adebayor.

Oleh kerana kedua-dua pasukan turun dengan tujuan masing-masing, maka mereka bermain terlalu berhati-hati, menyebabkan persembahan menjadi hambar sehingga tamat separuh masa pertama. Bermain pada separuh masa kedua barulah kedua-dua pasukan melakukan serangan, tetapi kebanyakan percubaan mereka tidak berhasil.

Sehingga 90 minit permainan berlangsung kedudukan masih sama (0-0), keadaan seakan-akan berkesudahan seri, tetapi berbekalkan semangat juang yang kental gol kemenangan M.U hadir pada minit 92 melalui pemain Midfielder mereka Paul Scholes, walaupun permainan Scholes kurang menyerlah sepanjang perlawanan, tetapi kerana pengalaman yang ada padanya, maka Scholes bertukar menjadi wira kemenangan M.U dengan tandukan emasnya.
Dengan kemenangan ini, M.U masih berpeluang untuk mengejar Chelsea yang berada dipuncak Liga. Chelsea sekarang mengumpulkan 77 mata, manakala M.U mengutip 3mata penuh dari Man.City dan mengumpul 76 mata(point).

sama-sama kita menyaksikan pertemuan Tottenham melawan Chelsea jam 12.25am.. semoga Chelsea kalah dan membuka kembali peluang untuk Manchester United.

0 Comments:

Post a Comment