Pages

Sunday, April 18, 2010

Paul Scholes terus memberi jawapan..

Manchester - Keputusan Manchester United memanjangkan kontrak Paul Scholes, terus mendapat jawapan. The Ginger Prince menghadiahkan kemenangan penting bagi 'The Red Devils'.

Scholes membuka peluang M.U untuk kembali bersaing dengan Chelsea yang berada di tangga teratas. Satu gol daripada pemain bernombor 18 ke gawang Manchester City, membawa The Red Devils merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga dengan perbezaan satu mata.
Gol ini hadir kurang dari sehari setelah M.U menyambung kontrak pemain veteran tersebut.

Sepanjang musim ini Scholes hanya menyumbang tujuh gol untuk pasukan MU. Tetapi gol-gol tersebut adalah merupakan gol kemenangan "Golden Gol".

Antaranya pada perlawanan Liga Perdana 6 March lalu, jaringan Paul Scholes juga adalah penentu kemenangan 1-0 keatas Wolverhampton.
Satu gol lagi sumbangan Scholes adalah pada perlawanan pusingan ke-16, pertemuan pertama dengan AC Milan dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, pertengahan Februari lalu. Dimana gol Scholes ketika itu berjaya membuat kedudukan menjadi seri setelah tertinggal 0-1. Seterusnya memberi semangat yang positif kepada pasukan dan menang 3-2 keatas AC Milan.
Sumbangan Scholes yang lain dan menjadi penentu kemenangan M.U, adalah semasa menghadapi Besiktas pada peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah September tahun lalu. Satu gol yang disumbangkan oleh pemain senior M.U ini memastikan "The Red Devils" membawa pulang 3mata penuh dari pasukan Turki itu.

 

0 Comments:

Post a Comment