Pages

Tuesday, April 6, 2010

'United sukar tanpa Rooney'

Dia pemain hebat yang sukar diganti dengan pemain lain: Ancelotti

LONDON: Carlo Ancelotti menegaskan kecederaan Wayne Rooney menjejaskan impian gelaran Liga Perdana dan Liga Juara Eropah Manchester United.

Pengurus Chelsea itu berkata: “Mereka bukan pasukan yang sama tanpanya.”

Blues kendalian Ancelotti mendaki ke tangga teratas liga selepas menang 2-1 di Old Trafford, Sabtu lalu dan beliau menekankan betapa kehilangan aksi Rooney selama tiga minggu akibat kecederaan ligamen dan menjaringkan 34 gol, sebagai faktor.

Dan United mungkin tersingkir daripada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah esok apabila mereka perlu mengatasi defisit 2-1 pada perlawanan pertama menentang Bayern Munich.

Ancelotti berkata: “Rooney adalah pemain hebat yang sukar diganti dengan pemain lain. Berbatov bagus tetapi Rooney benar-benar berbeza.

“Rooney kadangkala mampu kembali mendapatkan bola dan menggunakannya bagi seluruh pasukan dan dia boleh menyerang dari pelbagai arah. Dia memang pemain yang mengagumkan.

“Ini bukan tempoh baik buat United selepas tewas kepada Bayern minggu lalu kerana mereka kehilangan pemain utama.

“Tidak mudah buat United mengekalkan karektor dan momentum tanpa Rooney. Tapi, mereka punya kemampuan untuk mara dan saya harap mereka mampu melangkah ke separuh akhir.”

Chelsea meraih kemenangan berganda ke atas dua pencabar - United dan Arsenal - dan Ancelotti berkata: “Kami perlu melangkah lebih jauh tapi kami tercicir beberapa mata kepada pasukan lain dan ini membuktikan Liga Perdana sukar buat semua pasukan.”

06/04/10 - Berita Harian


0 Comments:

Post a Comment