Pages

Tuesday, March 30, 2010

Persiapan terakhir Manchester United

Kurang daripada enam jam selepas mendarat di Jerman. Anak buah Sir Alex Ferguson, membuat latihan terakhir sebagai persiapan menentang Bayern Munich awal pagi ini 2.40 am (waktu Malaysia)

Rooney dan Ferdinand dilaporkan cergas untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bayern pagi ini (esok) dimana pertemuan ini seperti mengimbas kembali pertemuan M.U dan Bayern pada perlawanan akhir Champion League pada tahun 1999.

Mereka tidak beraksi pada perlawanan menentang Bolton minggu lalu, kerana masalah kecederaan, bagaimana pun M.U berjaya menundukkan Bolton 4-0, walaupun tanpa tonggak utama Rooney sebagai penyerang utama dan Ferdinand dibahagian pertahanan.

Barisan veteran Giggs, scholes dan Neville
Mereka adalah antara tonggak utama M.U menentang Bayern pada tahun 1999.

Perlawanan akhir Champion League tahun 1999 itu dimenangi Oleh M.U dangan penuh dramatik.

Walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit ke-90 dengan semangat juang yang kental ditunjukkan oleh anak buah Sir Alex, mereka dapat menyamakan kedudukan pada minit kecederaan dan gol kemenangan juga pada minit kecederaan. Kemenangan 2-1 ini membawa gelaran kepada Manchester United "King of Eropah".

Sejarah yang dicipta oleh anak buah Sir Alex itu sungguh manis, sehingga ke hari ini terukir diingatan semua peminat setia Manchester United.

Selepas 11 tahun berlalu, pertemuan pagi ini (esok) adalah berbeza, maka kita tidak akan melihat sejarah, tetapi mensasarkan gelaran Champion League untuk tahun ini 2010.
Rooney bersama Sir Alex mensasarkan sekurang-kurangnya 4 gol akan disumbangkan pada pertemuan ini. (Gurau saja)

0 Comments:

Post a Comment