Pages

Wednesday, March 31, 2010

Manchester United kalah 2-1 dengan Bayern Munich

Kekalahan yang bermaruah
Manchester United tunduk di gelanggang Bayern munich pada pertemuan suku akhir Liga Juara-Jaura Eropah pusingan pertama di Stadium Allianz Arena yang disaksikan sebih kurang 66,000 penonton, awal pagi tadi.
M.U melakukan jaringan seawal minit ke-2 apabila penyerang England, Wayne Rooney menyumbat gol (ke-34 beliau untuk musim ini) hasil sepakan percuma Nani, peluang terhasil apabila Martin Demichelis mengasari Nani ditepi kiri kotak penalti Bayern.

Bagaimanapun, Bayern meningkatkan asakan bertali arus ke atas kubu M.U namun setiap percubaan Bayern dapat dihalang oleh benteng pertahanan M.U yang diketuai oleh Rio Ferdinand.

Selain itu, harus diberi pujian untuk penjaga gawang Edwin Van der sar yang cermelang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya yang dilakukan oleh Bayern yang diketuai pemain antarabangsa Perancis Frank Ribery.

Sekali sekala M.U membuat serangan balas yang pantas dan peluang terbaik hadir pada minit ke-38 apabila hantaran lintang Fletcher terus sampai dikaki Wayne Rooney yang berkedudukan "1 to 1" dengan penjaga gol tetapi percubaan beliau dapat diselamatkan.

Sehingga tamat separuh masa pertama keputusan memihak kepada M.U 1 - 0, tetapi permainan dikuasai oleh Bayern dimana statistik menunjukkan 58% bola berada pada mereka. Masuk separuh masa ke-2 permainan kembali seimbang, tetapi dengan gaya permainan Bayern yang bertenaga dan pantas nampak mereka bersungguh untuk mendapatkan gol penyamaan.

Walaupun kelihatan M.U mampu memenangi perlawanan itu, tetapi pada masa berbaki 12 minit terakhir, satu kesilapan yang mengundang padah dilakukan oleh pertahanan M.U, Gary Neville yang memegang bola diluar kotak penalti dan tindakan bodoh beliau itu membuatkan dia mendapat Kad kuning dan menghadiahkan tendangan percuma untuk Bayern.

Maka peluang yang diberikan itu tidak disia-siakan oleh Frank Ribery dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-77 dan pada minit ke-82 M.U hampir mendahului semula tetapi tandukan pertahanan Nemanja Vidic terkena palang gol Bayern hasil hantaran sepakan sudut.

Namun, Bayern terus menggandakan asakan pada masa kecederaan. Satu larian dilakukan oleh pemain tengah Bayern Mario Gomez dan berlaku satu perebutan bola melibatkan Wayne Rooney. Akibat daripada pertembungan itu menyebabkan buku lali Wayne Rooney tercedera berhampiran dengan kotak penalti.

Pada masa yang sama, pertahanan M.U teralih perhatian di atas kecederaan Rooney dan bola telah dirampas oleh Ivica Olic (penyerang Bayern) dengan melakukan gerakan solo dan melakukan sepakan mengelirukan membolosi kawalan penjaga gol, Edwin Van der Sar pada minit ke-91.

Jaringan lewat penyerang Crotia, Ivica Olic menyaksikan Bayern Munich menang tipis ke atas Manchester United 2-1 pada saingan peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Perlawanan peringkat ke - 2 akan diadakan di Old Trafford pada 07/04/2010.


WAYNE ROONEY cedera

Wayne Rooney diusung keluar oleh pegawai Kesihatan Manchester United.

Menurut laporan manutd.com semasa Rooney keluar dari bilik persalinan untuk balik menaiki Bas ke Hotel, Rooney berjalan menggunakan 2 tongkat, dan kaki berbalut.

Keputusan atas kecederaan Rooney akan diketahui hari ini - kata Sir Alex Ferguson.

0 Comments:

Post a Comment