Pages

Monday, April 19, 2010

Harapan Arsenal berakhir, Chelsea belum mengalah.


LONDON - Manchester United lega apabila pencabar kedudukan tempat kedua Liga, Arsenal melepaskan peluang keemasan untuk kembali menyaingi kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila Wigan menjaringkan gol ketiga dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan ketika menumbangkan Gunners 3-2 di Stadium DW, semalam.

Sementara itu, Chelsea belum panik walaupun kedudukan mereka di tangga teratas kini mengecil hanya berbeza satu mata dengan pencabar terdekatnya iaitu Manchester United, apabila tunduk 1-2 kepada Tottenham Hotspur, sabtu lalu.
Perlawanan sabtu lalu juga menyaksikan ke tua pasukan Chelsea, John Terry diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning pada babak kedua, selepas dia memberikan sepakan penalti pada babak pertama.

Di Stadium DW, Jaringan Theo Walcott dan Mikael Silvestre memberikan pasukan Arsene Wenger mendahului 2-0 sehingga minit ke-48.

Namun, Ben Watson mengurangkan jurang pada minit ke-80 untuk mula meleburkan harapan Gunners.

Kesilapan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski memberikan Wigan gol penyamaan pada minit ke-89 apabila penjaga gol Poland itu gagal menyelamatkan sepakan sudut menyebabkan bola tepat kepada Titus Bramble, yang mudah menanduk masuk.
Pada masa kecederaan, sayap Charles N'Zogbia melepaskan sepakan lencung dari hujung kotak penalti Arsenal, melepasi Fabianski untuk mengecewakan anak buah Wenger.

Kekalahan Arsenal itu merupakan yang ketiga berturut-turut, menyebabkan kelab utara London itu ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Chelsea - dengan baki tiga perlawanan sekali gus melenyapkan harapan kejuaraan mereka.

Kebangkitan Wigan bererti pasukan Roberto Martinez itu kini kurang tujuh mata dari zon penyingkiran dan pada dasarnya terjamin untuk kekal semusim lagi.
(Gambar) Arsene Wenger nampak begitu kecewa apabila Wigen menyumbat gol ke-3 mereka, seterusnya memenangi pertemuan itu dengan keputusan 3-2.


0 Comments:

Post a Comment