Pages

Monday, April 19, 2010

Ronaldo: Rooney ke Madrid? Mustahil

Madrid - Sejak kebelakangan ini banyak khabar angin mengatakan Real Madrid  ingin mendapatkan Wayne Rooney musim depan. Namun Cristiano Ronaldo, iaitu bekas rakan sepasukan Rooney mengatakan bahawa perkara itu mustahil untuk berlaku.

Real Madrid tertarik kepada Rooney bukan tanpa alasan, selain Real memang suka mengumpul pemain bintang, Real juga tertarik kerana persembahan Rooney pada musim ini sangat memberangsangkan, dimana pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 34 gol dalam semua perlawanan.

Sehingga Madrid dikhabarkan sanggup membayar jumblah yang besar  £150 juta(RM825 juta), termasuk tawaran £90 juta (RM496 juta) untuk membeli penyerang  Manchester United itu, serta menawarkan perjanjian lima tahun bernilai £60 juta (RM330 juta) kepada Wayne Rooney. Apa lagi The Red Devils masa ini tengah dibebani hutang yang besar, maka semakin kuat khabar angin mengatakan kemungkinan Rooney akan berhijrah ke Real Madrid.

Oleh itu, Ronaldo yang pernah bekerjasama dengan Rooney di M.U sebelum ini, menyatakan bahawa dia tidak keberatan jika suami kepada Coleen itu berhijrah ke Santiago Bernabeu, Ronaldo juga tidak ragu-ragu mengakui bahawa dia ingin bermain bersama dengan Rooney dalam satu kelab semula. Tetapi Ronaldo tidak mengatakan dia ingin bermain bersama Rooney di kelab mana dan dia hanya mengatakan bahawa Madrid memang sukar untuk mendapatkan bekas rakan sepasukannya itu, kerana Rooney telah sebati berada di Old Trafford. 

"Saya masih berkawan baik dengan Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic dan saya juga fikir Rooney sangat bahagia di Manchester," katanya kepada ESPN Star.

0 Comments:

Post a Comment