Pages

Wednesday, April 7, 2010

Mampukah Manchester United mara ke separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah?...

Hari ini apa yang terlintas dalam fikiran setiap peminat setia Manchester United adalah sama.  "Mampukah M.U masuk ke separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah?"

Keraguan peminat timbul selepas kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan sebelum ini, pertama M.U dikejutkan oleh Bayern  Munich 2-1 di German dalam pusingan pertama suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Sabtu lalu dikalahkan oleh Chelsea 2-1 di Old Trafford dan hampir terlepas Mahkota Juara Liga Perdana Inggeris musim 2009/10 kepada Chelsea.

Lebih menyedihkan apabila penyerang harapan M.U, Wayne Rooney cedera semasa menentang Bayern Munich pada pertemuan pertama mereka minggu lalu. M.U umpama "suda jatuh ditimpa Tangga". Oleh itu tidak dinafikan minggu lalu adalah minggu yang sangat malang buat pasukan Manchester United. 

Apa yang diharapkan oleh peminat, pada minggu ini adalah kebangkitan semula "The red Devil" dan membalas dendam (pagi esok) mengalahkan Bayen Munich , seterusnya melayakkan Manchester United ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mengiringi dua pasukan yang telah layak terlebih dulu.

Semalam kita telah ketahui dua pasukan telah layak ke separuh ahkir,  dimana pasukan pertama yang melangkah ke separuh akhir adalah Inter Milan yang mengalahkan CSKA Moscow dengan agregat 2-0, dan pasukan kedua layak adalah Barcelona, mereka mengalahkan Arsenal 4-1, di mana Lionel Messi menjadi wira Barcelona setelah menjaringkan keempat-empat gol tersebut, Barcelona layak dengan Agreget 6-3.

Pagi esok 2.40am (waktu Malaysia) berlangsung dua perlawanan dimana Manchester United melawan Bayern Munich dan Bordeaux melawan Lyon.

Menurut laporan, Bayern Munich turun pagi esok dengan semua tonggak utama, yang sebelum ini tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan seperti pemain sayap berpengalaman mereka Arjen Robben dan pemain pertahanan Daniel van Buyten. Kehadiran dua tonggak utama ini memberi kekuatan kepada pasukan itu kata jurulatih mereka, Louis van Gaal.
Tetapi di United tanpa Wayne Rooney,  Ketua pasukan, Gary Neville menyuarakan rasa yakin dia dan rakan-rakan dapat mengubah wajah cabaran pasukan dan bergerak mendekati kemunculan final ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Walau bagaimana pun sama-samalah kita menyokong Manchester United jam 2.40 pagi ini..

0 Comments:

Post a Comment