Pages

Thursday, April 8, 2010

Manchester United terkandas ke Separuh Akhir...

Manchester United menang 3-2 keatas Bayern Munich tetapi terkandas kerana kekalahan Gol di tempat lawan...

Satu kejutan buat semua peminat setia M.U, apabila melihat muka yang memberi harapan kepada pasukan muncul di kaca TV. Sebelum ini, mengikut laporan daripada Pengurus Sir Alex, Wayne Rooney tidak akan diturunkan tetapi itu semuanya adalah kejutan.
Manchester United turun berbekalkan semangat juang yang tinggi untuk membalas dendam terhadap Bayern Munich, ditambah dengan suntikan motivasi kehadiran Wayne Rooney dalam kesebelasan utama. Kita boleh melihat corak permainan mereka seawal minit pertama berbeza 100% berbanding menentang Chelsea sabtu lalu. .







Berbekalkan semangat dan motivasi yang tinggi, M.U membuka jaringan seawal minit ke-3 melalui pemain tengah Darron Gibson, gerakan bermula daripada Rafael Da Silva seterusnya kepada Rooney, sebelum Gibson merembat bola ke gawang Bayern, sejurus selepas itu, gol ke-2 muncul pada minit ke-7 melalui gol cantik Nani iaitu hasil hantaran lintang Valencia dari tepi sebelah kiri gawang Bayern Munich.
Kedua-dua gol M.U dijaringkan dalam 10 minit pertama permainan, sesuatu yang sangat mengejutkan buat peminat kerana sebelum ini M.U memang dikenali pasukan lambat panas atau "Enjin Diesel."

Selepas jaringan kedua terhasil, M.U menggandakan asakan demi asakan dan beberapa peluang disia-siakan terutama sekali semasa Michael Carrick hanya berdepan dengan penjaga gol, sepakannya tersasar di tepi kiri pintu gol Bayern, satu lagi peluang terbaik dapat dilakukan apabila pemain pertahanan Rafael membuat larian solo mengatasi pertahanan Bayern, tetapi percubaannya tersasar ke sebelah kanan pintu gol Bayern.
Hasil daripada kerja keras yang dilakukan oleh anak buah Sir alex Ferguson, pada minit ke-41 gol yang dicari-cari terhasil apabila Valencia berjaya membuat gerakan yang mengelirukan sebelum membuat hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Bayern dan disempurnakan oleh pemin sayap kiri M.U iaitu Nani dan 2 minit selepas itu Bayern menyumbat gol pertama mereka pada minit ke- 43 melalui penyerang mereka Olic.

Sehingga tamat separuh masa pertama, Manchester United 3 dan Bayern Munich 1, keadaan ini membuatkan semua peminat M.U teruja kerana separuh kaki telah melangkah ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Masuk separuh masa kedua, permainan mula dikuasai oleh Bayern dan setiap serangan mereka dapat dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan M.U. Sehinggalah pada minit ke-50, satu kesilapan dilakukan oleh pemain pertahanan M.U, Rafael Da silva menjatuhkan Frank Libery(Bayern) dan pengadil melayangkan kad kuning kedua dan kad merah menyebabkan Rafael dibuang padang.

Oleh kerana M.U bermain dengan bilangan 10 orang sahaja, keadaan mula menyebelahi pasukan Bayern Munich yang membuat asakan berterusan. Akhirnya pintu gol M.U bolos buat kali yang ke-2 dan jaringan itu membawa Bayern Munich ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah. Gol berharga pada minit ke-73 dihasilkan oleh pemain sayap mereka Arjen Robben.

Walapun Manchester United tidak dapat melangkah ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk musim 2009/10, mereka bermain dengan cermelang terutama sekali Nani yang telah menunjukan kematangan dan peningkatan dalam permainan.

kesudahannya, Bayern Munich melangkah ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah melalui kelebihan jaringan di tempat lawan.

0 Comments:

Post a Comment