Pages

Thursday, April 1, 2010

Wayne Rooney direhatkan..

Rooney rehat panjang
Menurut laporan, supersport Wayne Rooney akan direhatkan selama 2 hingga 4 minggu kerana kecederaan buku lali, semasa menentang Bayern Munich pada saingan suku akhir pusingan pertama, Liga Juara-Juara Eropah pagi Rabu lalu.
Rooney tercedera pada minit ke - 91, semasa pergelutan dengan Mario Gomez. (Gambar dibawah)











Rooney memanggil pegawai perubatan












Rakan sepasukan, Ryan Giggs memberi bantuan, sebelum pegawai perubatan sampai.




Pegawai perubatan memberi rawatan kepada Rooney


Rooney dibantu oleh pegawai perubatan keluar padang








Ketiadaan Rooney dalam pasukan menambah lagi kebimbangan Sir Alex Ferguson, memandangkan mereka akan bertemu dengan Chelsea hujung minggu ini (Sabtu 03/04/2010).

Tanpa Wayne Rooney, Sir Alex terpaksa membuat caturan baru dan menurut laporan daripada manutd.com, Sir Alex akan mengetengahkan penyerang muda mereka Federico Macheda yang akan digandingkan bersama Dimitar Berbatov, tetapi menurut beliau "ia terlalu awal untuk dimuktamadkan"

Kebimbangan tersebut bukan sahaja terasa pada pasukan Manchester United, tetapi untuk semua peminat seluruh England dan pengurus Englang Fabio Capello, memandangkan Piala Dunia Afrika Selatan hanya berbaki 2 bulan.

0 Comments:

Post a Comment