Pages

Wednesday, March 31, 2010

Manchester United vs Chelsea 03/04/10

Debaran semakin dirasa pertemuan Manchester United menentang Chelsea.

Perlawanan ini adalah penentuan siapa yang bergelar Juara Liga Perdana Inggeris untuk tahun 2009/2010. Walau bagaimana pun selepas pertemuan itu, masih ada baki 5 perlawanan lagi untuk mengakhiri Liga Perdana musim ini.

Namun M.U ingin menjarakkan kedudukan yang lebih selesa dalam carta Liga kerana Chelsea ketika ini berada ditangga ke - 2 dengan perbezaan 1 mata. M.U juga ingin mengekalkan kejuaran dan hendak melakar satu sejarah baru dalam Liga Perdana Inggeris, dimana pasukan pertama yang berjaya merangkul Kejuaraan 4 musim bertutut-turut.

Seperti yang dilakukan pasukan Liverpool satu ketika dulu, yang pernah menjadi pasukan pertama mencipta sejarah merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris 3 musim berturut-turut.

Manakala M.U juga telah menyamai rekod tersebut dan melakukannya sebanyak 2 kali pada tahun 1999, 2000, 2001 dan 2007, 2008, 2009, sekiranya Liga Perdana tahun 2010 ini dimenengi M.U, maka terciptalah sejarah baru dan tercapailah cita-cita mereka terutama sekali bagi pengurus mereka Sir Alex Ferguson yang akan bersara tidak lama lagi, memandangkan usia beliau telah menjangkau 68 tahun.

Bagi Chelsea pula, mereka juga pasti mempunyai misi tersendiri untuk merangkul kejuaraan terutama sekali kepada Pengurus baru mereka Carlo Ancelotti, semestinya beliau ingin membuktikan kewibawan beliau selaku pengurus yang berpengalaman.

Tetapi apa yang paling meresahkan M.U adalah masalah kecederaan yang dialami oleh penyerang harapan mereka Wayne Rooney yang tercedera dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi (kelmarin) menentang pasukan gergasi German Bayern Munich dimana mereka tersungkur 2 - 1 digelanggang lawan.

Menurut Sir Alex Ferguson, masalah kecederan Rooney tidaklah begitu serius, tetapi kita akan lihat hasilnya nanti (hari ini) menurut laporan ManUtd.com

Sekiranya perlawanan pada hari sabtu ini tanpa kehadiran Wayne Rooney, peminat-peminat M.U akan merasakan kekurangan. Walaupun United masih mempunyai Dimitar Berbatov tetapi masih ada yang kurang untuk pasukan itu.

Cuba kita lihat kemahiran Rooney meledakkan gol sepanjang musim ini. Rooney juga telah mengumpul 26 gol dalam Liga Perdana dan 34 gol keseluruhan musim 2009/2010, apa yang peminat inginkan adalah mengharapkan Rooney akan memecahkan rekod rakan sepasukannya dulu Cristiano Ronaldo yang telah berpindah ke Real Madrid.

Cristiano Ronaldo melakukan jaringan sebanyak 31 gol untuk Liga perdana dan melakukan keseluruhan 42 gol untuk sepanjang musim 2007/2008. Oleh itu, Wayne Rooney hanya perlu melakukan 8 gol lagi untuk menyamakan rekod mereka dan Rooney masih ada baki 6 perlawanan dalam Liga perdana.

Semoga Wayne Rooney cepat sembuh, dapatlah kita menyaksikan kehebatannya...

0 Comments:

Post a Comment