BOLTON: Dua tonggak Manchester United – Wayne Rooney dan Rio Ferdinand – disahkan cergas menjelang pertemuan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich, esok, selepas kedua-duanya direhatkan ketika pasukan mereka membelasah Bolton 4-0 di tempat lawan, kelmarin.
Dua pemain utama skuad England itu direhatkan sebagai langkah berwaspada ketika United kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata ke atas Chelsea yang membaham Aston Villa 7-1, kelmarin.
Apapun, difahamkan pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson akan memastikan Rooney menerima rawatan sehingga akhir kempen memburu gelaran liga walaupun terpaksa menghampakan impian England mengecapi detik gemilang Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun ini. “Bagi keutamaan pengurus itu, Rooney pemain United dahulu dan kedua untuk England,” kata sumber kelab berkenaan.
Peledak utama, Rooney dibelenggu masalah kecederaan kaki, manakala Ferdinand, yang mengalami masalah kecergasan sepanjang musim ini, direhatkan kerana kecederaan pangkal paha.
“Kedua-duanya agak mudah cedera,” kata Alex Ferguson yang kini ghairah mencanang strategi menentang Chelsea dalam perlawanan yang dianggap penentuan kejuaraan, Sabtu ini.
“Tetapi kedua-duanya akan cergas sebelum Selasa. Kami mempunyai minggu yang sukar menanti, jadi saya perlu mengerah seluruh tenaga skuad.”
Kemenangan United kelmarin hasil sumbangan dua gol Dimitar Berbatov, satu dari pemain gantian Darron Gibson dan sebelum itu dimulakan dengan gol sendiri Jlloyd Samuel.

29/03/10- Berita Harian