Pages

Saturday, April 3, 2010

Manchester United tersungkur lagi...

Kekalahan Manchester United bukan kerana pasukan tidak kuat, tetapi kerana keputusan Pengadil yang berat sebelah.....

Memang jelas sekali M.U akan kalah pada perlawanan menentang Chelsea, apabila kita nampak Mike Dean menjadi pengadil perlawanan. Sepanjang musim ini beberapa kekalahan M.U melibatkan pengadil itu kerana sikap berat sebelah beliau. Nampak jelas dia benci dengan pasukan Manchester United.

Perlawanan itu nampak seimbang pada permulaan sehinggalah pada minit ke -19, Joe Cole memecah kebuntuan menyempurnakan hantaran lintang daripada Malouda.

Selepas ketinggalan 1 - 0 M.U mengatur langkah untuk mencari gol penyamaan sehingga pada minit ke-28 M.U mendapat peluang menyamakan kedudukan apabila Park-Ji Sung dijatuhkan dalam kotak penalti, tetapi tiada tiupan wisel daripada pengadil Mike Dean. Rakaman diulang beberapa kali, menunjukan memang jelas Park dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Chelsea, satu lagi peluang M.U pada minit Ke-43 dimana Dimitar Berbatov mendapat bola dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh pemain tengah Chelsea Lampard, tetapi tiada tindakan yang dilakukan oleh Pengadil berat sebelah tersebut.

Sehingga tamat separuh masa pertama kedudukan kekal memihak pada pasukan Chelsea. Tetapi sepatutnya keputusan itu memihak M.U, sekiranya mereka mendapat 2 sepakan penalti itu. Oleh kerana semua keputusan berpihak kepada pengadil maka tiada apa yang dapat dilakukan.

Masuk separuh masa ke- 2 M.U menyerang bertali arus, tetapi setiap percubaan tidak menepati tersasar. Sehingga pada minit ke- 78 satu lagi tindakan Pengadil berat sebelah berlaku, dimana pemain gantian Chelsea Kalou menghantar bola melepasi pertahan M.U kepada Drogba yang berada dalam kedudukan Offside dan menyumbat gol ke-2 Chelsea. Sepatutnya gol tersebut dibatalkan kerana Offside tetapi tiada tindakan daripada pembantu pengadil.

Keadaan M.U bertambah parah apabila ketinggalan 2 - 0 ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan. Gol tunggal M.U hadir pada minit Ke- 80 apabila Nani membuat larian yang mengelirukan mengatasi pertahanan Chelsea dan membuat hantaran lintang yang disempurnakan oleh penyerang muda M.U Federico Macheda.

Tetapi keadaan telah terlambat sehinggalah tamat permainan berkesudahan Manchester United 1, Chelsea 2.

Memang selalu orang mengatakan kalau pasukan kalah, pengadil yang menjadi mangsa, tetapi keadaan di Old Trafford berbeza memang jelas pengadil Mike Dean berat sebelah dan sengaja hendak menghalang M.U.

Cuba kita lihat beberapa perlawanan semasa M.U tewas, seperti separuh akhir pusingan pertama Piala Carling M.U kalah dengan Man.city 2-1, dengan Liverpool tahun lalu 2-0 dan masa menentang Fulham 3-0, semua perlawanan diadili oleh Pengadil yang sama Mike Dean. Mengikut stastik juga pengadil yang paling banyak memberi sepakan Penalti dalam Liga Perdana Inggeris musim ini adalah Mike Dean.

Jadi memang jelas pengadil ini senang di beli (Rasuah).

Manchester United kena teruskan saingan tanpa Rooney

Adakah Manchester United tergugat tanpa Rooney?
Buat masa ini ramai orang mengatakan M.U akan jatuh tanpa Rooney, terutama sekali bagi peminat-peminat Chelsea dan Arsenal. Adakah semua ini benar?

Sebagai peminat, kita kena memahami kelebihan yang ada pada pasukan.

Manchester United bukanlah sebuah pasukan yang lemah dan bergantung pada bintang-bintang hebat, tetapi M.U adalah sebuah kelab bola sepak yang melahirkan bintang-bintang hebat seperti Cristiano Ronaldo, Rooney dan yang lain-lain. Selain itu, M.U juga dikenali kerana cara permainan berpasukan(Team Work) dan semangat juang yang tinggi. Intipati kekuatan M.U adalah atas suntikan daripada kebijaksanaan pengurus Sir Alex Ferguson.

Selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke Real Madrid pada tahun lalu, tidak dinafikan persembahan M.U pada awal musim ada sedikit terganggu, tetapi dengan pantas pengurus M.U dapat mengatasi kelemahan yang ada pada mereka.

Dalam masa beberapa bulan sahaja M.U dapat menggilap bakat yang ada pada Wayne Rooney dan pemain-pemain lain seperti Antonio Valencia, Park-ji sung dan Nani. Tetapi yang lebih kita perhatikan adalah kepada Wayne Rooney, cuba kita imbas setiap perlawanan yang melibatkan jaringan Rooney, siapa di sebaliknya?

Stastik menunjukan ada 5 pemain yang membantu(Assists) Rooney menjaringkan Gol.

Antonio Valencia ….. 6
Nani ………….............. 4
Darren Fletcher …… 4
Dimitar Berbatov …. 3
Ryan Giggs ………….. 3
setakat stastik ini di keluarkan.

Apa yang kita nampak dalam stastik ini?

Antonio Valencia adalah muka baru dalam pasukan M.U, sebelum ini Valencia bermain untuk Wigan Athletic, bakat yang ada padanya telah menarik minat Sir Alex Ferguson, Valencia di bawa masuk ke Old Trafford pada 30 jun 2009 dengan yuran perpindahan sebanyak £16m. Pemain kelahiran Ecuador ini, pernah mengatakan bermain di M.U sangat hebat, belum setahun bermain dengan M.U beliau telah menjaring 7 gol, berbanding masa dia berada di Wigan 2 tahun hanya 2 gol.
Peningkatan Valencia juga bukan setakat gol dan bantuan(Assists), malahan di posisi kegemarannya sayap kanan valencia begitu menyerlah dengan larian cantik dan teknik mengelirukan, beliau selalu dapat membuat hantaran lintang yang bahaya untuk pihak lawan.

Ini membuktikan M.U adalah sebuah kelab yang boleh mencungkil bakat-bakat hebat. Bukan setakat Antonio Valencia sahaja, tetapi pemain muda berusia 24 tahun Nani.
Manchester United membawa Nani ke Old Trafford dari Sporting pada 6 june 2007 dengan yuran perpindahan £17m. Pemain berasal dari Portugal pada mulanya sukar untuk mendapat tempat untuk kesebelasan utama pada pertengahan musim 2009/2010 kerana masalah kecederaan dan persembahan tidak menentu, tetapi hari ini Nani digambarkan hampir menyamai cara permainan rakan senegaranya Cristiano Ronaldo. Dia begitu cermelang pada pertemuan M.U dengan Arsenal dimana M.U menundukkan Arsenal 3-1 dan 2 daripada gol itu hasil sentuhan luarbiasa Nani.

Selain Antonio Valencia dan Nani, terdapat seorang lagi pemain serba boleh M.U, Sir Alex Ferguson pernah mengatakan pemain ini tidak pernah merungut bila diberi tugasan, dimana saja posisi diturunkan, dia dapat menyempurnakannya dengan cemerlang. Pemain bertubuh kecil yang sungguh berbakat ini adalah Park- Ji Sung.
Park selalu memberi sumbangan bermakna, terutama apabila M.U bertemu dengan pasukan-pasukan besar, contohnya semasa menentang Arsenal, Park bermain pada posisi sayap kiri dan menyumbangkan gol ke-3 M.U, semasa pertemuan dengan AC Milan Park juga menyumbangkan Gol ke-3 untuk M.U walaupun di turunkan pada posisi Tengah(midfielder)dan semasa membalas dendam dengan Liverpool, Park menyumbangkan gol kemenangan untuk Manchester United dan pada masa itu dia di turunkan sebagai penyerang.

Maka Pasukan Manchester United tidak boleh diperkecilkan, kerana mereka selalu membuat kejutan demi kejutan. oleh itu sama-sama la kita menyaksikan pertemuan malam ini
Man.United lawan Chelsea (jam 7.45pm)