Pages

Saturday, April 17, 2010

Sir Alex salutes match-winner Scholes

Sir Alex Ferguson hailed his generals on the pitch at Eastlands after Ryan Giggs, Gary Neville and especially Paul Scholes played a big part in a crucial derby win.

The manager said Scholes was the pick of his performers and not just for his decisive goal in the third minute of injury time.

"I think he was the man of the match to my mind. I thought he was absolutely fantastic. He’s such a skilful player, he was wonderful today," said Sir Alex.

Had Scholes not met Patrice Evra's left-wing cross with 15 seconds left, the Reds would have suffered the frustration of a second consecutive 0-0 draw - a result that would have made it "very, very difficult" for United to win the league, according to the boss.

"Obviously we’re now hoping Tottenham win. If they do, then the title’s back on," said the boss.

"Our win is a big boost to Tottenham because they can go fourth tonight, we think that’s where their incentive comes. After tonight we’ll know better [how the title race looks].

"I think we’ve deserved to win the game. I don’t think there’s any question about that. But I couldn’t see a goal coming to be honest. Towards the end, City made a bit of a charge themselves. The game got a bit open. It freed us, I decided to put Scholesy up and it’s paid off. [Never giving up] is a quality that’s part of our history, it’s a fantastic thing to have."

As for his veteran trio of Scholes, Giggs and Neville, Sir Alex added: "They've been in so many derby games over the years, they are vital to us now. Apart from their own contribution, their experience helps other players as well."

 

Paul Scholes menjadi wira Manchester United...

Manchester - Manchester United harus berterima kasih kepada Paul Scholes. Hasil gol pemain veteran itu pada minit ke - 92 (18 saat sebelum wisel penamat ditiupkan), 'The Red Devils' berjaya mengalahkan Manchester City dengan jaringan 1-0.

Bermain di City of Manchester Stadium, Sabtu (17/4/2010), kedua-dua pasukan menurunkan pemain terbaik mereka. Di mana M.U, menurunkan Wayne Rooney yang telah sembuh dari kecederaan buku lali, manakala Manchseter City pula menurunkan dua penyerang utama mereka iaitu Carlos Tevez dan Adebayor.

Oleh kerana kedua-dua pasukan turun dengan tujuan masing-masing, maka mereka bermain terlalu berhati-hati, menyebabkan persembahan menjadi hambar sehingga tamat separuh masa pertama. Bermain pada separuh masa kedua barulah kedua-dua pasukan melakukan serangan, tetapi kebanyakan percubaan mereka tidak berhasil.

Sehingga 90 minit permainan berlangsung kedudukan masih sama (0-0), keadaan seakan-akan berkesudahan seri, tetapi berbekalkan semangat juang yang kental gol kemenangan M.U hadir pada minit 92 melalui pemain Midfielder mereka Paul Scholes, walaupun permainan Scholes kurang menyerlah sepanjang perlawanan, tetapi kerana pengalaman yang ada padanya, maka Scholes bertukar menjadi wira kemenangan M.U dengan tandukan emasnya.
Dengan kemenangan ini, M.U masih berpeluang untuk mengejar Chelsea yang berada dipuncak Liga. Chelsea sekarang mengumpulkan 77 mata, manakala M.U mengutip 3mata penuh dari Man.City dan mengumpul 76 mata(point).

sama-sama kita menyaksikan pertemuan Tottenham melawan Chelsea jam 12.25am.. semoga Chelsea kalah dan membuka kembali peluang untuk Manchester United.

Tevez mampu sekat hajat United

LONDON - Roque Santa Cruz yakin rakan sepasukannya di Manchester City, Carlos Tevez mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, apabila penyerang Argentina itu bertemu bekas kelabnya Manchester United, hari ini.

Tevez dilepaskan secara kontroversi oleh bos United, Sir Alex Ferguson sebelum bermula saingan musim ini.

Namun, tahap tumpuan penyerang antarabangsa Argentina itu tidak pernah tersasar, apabila dia menjaringkan 28 gol untuk City setakat ini.

Prestasi baik Tevez berjaya melonjakkan City ke tangga keempat Liga Perdana England, sekali gus memberi harapan buat kelab itu, untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara, musim depan.

Penyerang City itu berjaya menghasilkan jaringan pada dua perlawanan separuh akhir Piala Liga ke atas United, awal musim ini.

Bagi United, kemenangan hari ini sangat penting kerana mahu mengurangkan perbezaan kepada hanya satu mata dengan pendahulu liga, Chelsea, sebelum Blues turun menentang Tottenham, kemudiannya.

Namun, Santa Cruz yakin Tevez berada pada tahap terbaik untuk memberi ancaman kepada anak didik Ferguson.

"Carlos Tevez telah mempamerkan persembahan mengkagumkan sepanjang musim ini.

"Dia berjaya menghasilkan dua jaringan dan juga hatrik dalam satu-satu perlawanan. Namun, perlawanan menentang United adalah perlawanan penting buat dirinya.

"Malah, dia juga pasti mahu membuktikan bahawa dirinya adalah terbaik ketika menentang United, sekali gus merosakkan harapan United untuk memburu kejuaraan liga.

"Perlawanan ini akan menjadikan segalanya lebih menarik. Secara fakta, mereka bermain untuk memburu kedudukan terbaik liga, manakala kami pula memburu kemenangan bagi mengesahkan tempat keempat liga," kata penyerang antarabangsa Paraguay, Santa Cruz.

Dalam pada itu, pemain veteran United, Ryan Giggs menegaskan pasukannya sedikit kecewa.

"Kami hanya perlu bangkit daripada kesedihan yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu lalu dan kami sebenarnya tidak pernah berputus asa," kata pemain sayap United, Giggs.

 

Smalling to make big move


Chris Smalling
Date of birth: 22/11/ 1989
Birthplace: Greenwich, London
Height: 192cm 
Weight: 81kg
Position: Defender
Current club: Fulham
Previous clubs: Maidstone United
International: England U21

Manchester United is delighted to announce that Fulham defender Chris Smalling has agreed terms and passed a medical examination. He will join the club in July 2010 on a four-year contract for an undisclosed fee.

An England Under-21 international, Smalling has made 10 first-team appearances for Fulham, who signed him from non-league Maidstone 18 months ago.

Reds boss Sir Alex Ferguson said: "Chris is an extremely talented young defender, who we have been monitoring for some months. He’s very quick and reads the game well. He will be a great asset to the club, playing alongside some of the best defenders around and we’re delighted to have secured his signature."

Smalling, 20, described the move as an "unbelievable opportunity".

"My time at Fulham has been great and I have learned a lot about the game from Roy Hodgson and the coaching staff," he said. “But the chance of coming to the biggest club in the world is something I just couldn’t turn down. I’m excited about working with Sir Alex and the fantastic players in the squad.

"I’ve played a few times in the Europa League this year, but the thought of making the step up to the Champions League next year is great. I can’t wait.”


Papers: French fancy

United prepare to pay £15million for Lloris
Manchester United manager Sir Alex Ferguson has stepped up his efforts to recruit French goalkeeper Hugo Lloris as a long-term replacement for Edwin van der Sar. Ferguson will have the 23-year-old watched as his club Lyon play Bordeaux on Saturday after identifying the French international as one of the best young goalkeepers in Europe. The United boss has been consulting goalkeeping coach Eric Steele about a replacement for van der Sar and is expected to try and tie up a £15m deal with Lyon before the World Cup. The French club are unwilling to negotiate until they have played their Champions League semi-final against Bayern Munich – who are looking to sign United's other target Manuel Neuer from Schalke.

Ian Ladyman, Daily Mail

 

Manchester United F.C.


Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia. Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 18 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga empat kali, Piala Eropah tiga kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.

Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005.


Sejarah

Tahun-tahun awal (1878-1945)
Rencana utama: Manchester United pre-1945

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

Tahun-tahun Busby (1945-1969)
Rencana utama: Manchester United 1945-1969

Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.

Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.

Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.

Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.

1969-1986
Rencana utama: Manchester United 1969-1986
 
United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai 'The Doc', telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.

Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beilau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.

Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum treble (1986-1998)
Rencana utama: Manchester United 1986-1998

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.

Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.

United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta, memperlihatkan kewangannya ke pada umum.

Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.

Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali.

Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.

Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

Kejuaraan treble (1998-99)
Rencana utama: Manchester United 1998-1999

1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atas Aston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Selepas treble (1999-kini)
Rencana utama: Manchester United 1999-present

United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika di dalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.

Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat "hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelak dari menghabiskan musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berakhir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana ia berbalah dengan Alex Ferguson.

Pengambilalihan Malcolm Glazer
Rencana utama: Pengambilalihan United oleh Malcolm Glazer

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30% dan sehingga 2010 jumlah hutang keseluruhan mencecah £700 juta.  

Kejuaraan
 
Domestik

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris: 18
1907-1908, 1910-1911, 1951-1952, 1955-1956, 1956-1957, 1964-1965, 1966-1967, 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008-09,

Divisyen Kedua 2
1936, 1975

Piala FA: 11
1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004

Piala Liga (Carling Cup): 4
1992, 2006, 2009, 2010

Eropah

Liga Juara-Juara UEFA: 3
1968, 1999, 2008

Piala Juara Piala UEFA: 1
1991

Piala Super Eropah: 1
1991

Antarabangsa

Piala Antara Benua: 1
1999

Piala Dunia Kelab FIFA: 2
1999, 2008


Biggest Signing: £31m, Dimitar Berbatov from Tottenham, August 2008

Biggest Sale: £80m, Cristiano Ronaldo to Real Madrid, June 2009

Leading Goalscorer: Bobby Charlton, 249

Leading Appearances: Ryan Giggs, 805 (as of 15 July 2009)