
Ferguson, 68, yang mula mengendali United pada 1986 ketika ini sedang bersaing sengit bersama Chelsea dan Arsenal untuk mencipta rekod empat kejuaraan EPL berturut-turut dengan jumlah keseluruhan kepada 12.
Namun di sebalik semua itu, pengendali veteran ini mengakui dia sentiasa gementar sebelum pasukannya mula beraksi, tanpa mengira betapa banyak pengalaman yang dimilikinya dan berasa jika ada pengendali lain dilihat tenang secara luaran, hakikatnya mereka masih gemuruh di dalam. “Kamu akan sentiasa terikat dengan permainan ini dan ia menjadi sebahagian daripadanya. Ia berlaku ketika pemain sedang memanaskan badan dan anda akan rasa keseorangan dan berasa pekerja anda berada jauh ketika melakukan tugas mereka,” kata Ferguson.
“Jika kamu beraksi di laman sendiri, ia tidak mengapa kerana kamu berada di pejabat sendiri namun jika beraksi di tempat lawan, masa bagaikan membunuh anda untuk berjalan ataupun duduk di tempat rehat pemain.”
28/03/10-Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment