Lompatan seperti Katak, membawa kemenangan untuk Manchester United.
PARK Ji Sung adalah seorang budak yang meminum jus katak busuk panas sebelum menjadi seorang lelaki dewasa.
Idola Korea Selatan itu – wira pada perlawanan Ahad lalu di Old Trafford – dianggap terlalu lembik untuk bermain dalam sukan bola sepak yang dicintainya.
Namun ibu bapanya memiliki idea lain. Itulah sebabnya bapanya pergi ke ladang katak, ibunya pula memasak jus itu manakala anaknya terkial-kial ketika meminumnya, selepas diberitahu nutrien itu boleh membantunya membesar.
Pemain tengah Manchester United berusia 29 tahun itu mendedahkan: “Mereka kata ia bagus buat saya untuk menjadi lebih kuat dan saya mengambil apa saja yang mampu meningkatkan ketahanan saya.” Malah bapanya bekerja di kedai penyembelihan daging jadi dia dapat potongan daging terbaik untuk membesarkan anak lelakinya dengan jus katak sebagai makanan kedua.
Persembahan Ji Sung buat kelab dan negaranya jelas tidak menghampakan ketika dia diberi jolokan di negaranya sebagai ‘Park yang mempunyai tiga paru-paru’.
Kerja kerasnya yang tidak mengerti makna penat membuatkannya tampak menyerlah. Lagipun dia memiliki kebijaksanaan berada di posisi tepat sekali gus dihargai oleh rakan sepasukannya.Pemain pertahanan Patrice Evra berkata: “Saya tidak pernah melihat seorang pemain yang sebijak sepertinya. Saya beritahunya supaya merakamkan permainannya dalam video kerana pergerakannya amat bagus jadi pedoman buat pemain muda.
Park buktikan ia adalah mengenai pasukan, bukannya individu.” Tindakan tidak mementingkan diri dianugerahkan dengan gol kemenangan dramatik ke atas Liverpool Ahad lalu. Ji Sung berkata: “Untuk menjaringkan gol dalam satu perlawanan besar adalah satu perasaan yang fantastik. Melakukannya di depan Stretford End amat menakjubkan.” Gol Ji Sung meletakkan United kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ada tujuh lagi perlawanan liga tinggal dan jika kami memenangi semuanya maka kami akan memenangi kejuaraan. Jadi kami perlu memberikan tumpuan dan mengekalkan tahap persembahan ketika ini.
“Kami tidak perlu bimbang mengenai Arsenal atau Chelsea, kerana jika kami memenangi perlawanan kami, kami akan muncul juara.” Ji Sung bergelut dengan pelbagai rintangan sebelum menjadi ketua pasukan Korea Selatan dan pemain paling dipuja di negara itu. Dia pernah ditolak oleh pasukan kolej ketika remaja sebelum bermain buat pasukan Universiti Myongi.
Dia terpaksa berhijrah ke divisyen dua Jepun untuk mendapat peluang bermain bola sepak profesional dengan Kyoto Purple Sanga.
Ji Sung mula mencuri tumpuan pada Piala Dunia 2002 sebagai sebahagian daripada anggota pasukan Korea Selatan yang mara hingga ke separuh akhir.
Pengurus mereka Guus Hiddink membawa Ji Sung bersamanya ke Belanda apabila beliau mengambil alih tampuk pengurusan di PSV Eindhoven.
Namun peminat PSV mengejeknya, percaya bahawa dia tidak cukup bagus – memaksa Ji Sung mengakui ketika itu bahawa dia ‘bencikan bola sepak’.
Namun persembahan hebatnya pada separuh akhir Liga Juara-Juara menentang AC Milan pada 2005 meyakinkan pengurus United, Alex Ferguson untuk membelinya dengan tanda harga 4juta (RM19.98 juta).
24/03/10-Harian Metro

0 Comments:
Post a Comment