Rooney, Ribery bertembung dalam aksi suku akhir pertama di Allianz Arena
Dua bintang besar – Wayne Rooney dan Franck Ribery – harus menyuntik inspirasi dan mengubah haluan pasukan masing-masing apabila bekas juara, Manchester United dan Bayern Munich bertembung dalam saingan suku akhir pertama, Liga Juara-Juara Eropah, pada 2.40 pagi ini( waktu Malaysia).
Perlawanan ini juga bakal menerbitkan segala tarikan global, seperti ia ulangan kepada final 1999 yang dimenangi United secara dramatik di Barcelona.
“Sejarah bertemu Bayern dalam perlawanan peringkat Eropah akan menceritakan ia bakal menjadi sukar kepada kami,” kata pengurus United, Alex Ferguson, semalam.
Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: “Sejak final 1999, pertemuan dengan United sangat menarik. Pertembungan ini mempunyai sejarah tersendiri dan saya tidak sabar menunggunya.”
Ribery dan Martin Demichelis (bertopeng) bersama dalam sesi latihan

Dalam satu lain perlawanan peringkat sama, dua kelab Perancis Olympique Lyon dan Girondins Bordeaux akan menentang sesama mereka yang menyaksikan aksi kelab dari enam negara buat pertama kali sejak 1998-1999.
Apapun, kelibat Rooney kini membuat Bayern gelisah sehingga ketua pasukan, Mark van Bommel menyuarakan penyerang antarabangsa England sebagai pengancam terbesar kerana berada pada prestasi terbaik ketika ini meledakkan gol.
“Ia tidak mudah untuk menyekat Rooney. Dia pemain yang hebat dan kami berasa tiada guna sentiasa membayanginya kerana dia ada muslihat melepaskan diri dan sekelip mata berada dalam posisi meledakkan gol,” katanya.
Apapun, dia beranggapan jika United ada Rooney, Bayern boleh menaruh harapan kepada sumbangan Ribery mencipta kemenangan di halaman sendiri nanti.
“Mana-mana pasukan di Eropah akan gembira memiliki Ribery. Saya harap dia cergas apabila menentang United. Dia pemain bagus dan kami amat memerlukannya. Dia antara penyerang terbaik di Eropah dan dia adalah kekuatan kami mengimbangi kelibat Rooney,” tambah Bommel.
Sementara itu, pengurus Bordeaux, Laurent Blanc mahu pemainnya mengikis kecewa kegagalan dalam final Piala Liga Perancis untuk bangkit menewaskan kelab senegara, Lyon, hari ini.
“Kami harus bangkit segera, mengikis rasa kecewa dan memikirkan kemenangan semula" kata Lurent
-30/03/10
0 Comments:
Post a Comment