Pages

Friday, April 2, 2010

Pemusnah dari Seoul

Tanpa Wayne Rooney menentang Chelsea sabtu ini.
Peminat M.U jangan risau........
Terdapat sebuah lagu yang dinyanyikan oleh peminat-peminat fanatik M.U di Old Trafford yang memberikan amaran have a riot kepada Sir Alex sekiranya dia menjual Ji-Sung park. Perkara sedemikian tidak mungkin berlaku kerana jelas kelihatan Sir Alex Ferguson mengagumi pemain Korea selatan ini.

Sejak menyertai M.U pada musim panas 2005, Pemain tengah kelahiran Seoul ini, menunjukkan prestasi yang semakin berkembang menjadikan Park sebahagian dari rancangan yang tidak dapat dipisahkan dengan Sir Alex, terutama pada perlawanan-perlawanan besar. Tenaga dan kemampuannya di luar jangkaan sehingga menjadi penggempur utama di gelanggang lawan.

Manchester United bermain dengan lebih baik dengan kehadiran Park. Kecederaan lutut yang dialaminya menyebabkan sumbangannya hanya dapat dilihat pada separuh kempen 2009/10, tapi sejak Disember 2009, MU telah memenangi lebih banyak perlawanan, menjaring gol yang lebih banyak dan menunjukkan prestasi yang lebih baik ketika Park berada dalam pasukan. Bahkan dalam kekalahan Selasa lepas dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah di Munich, kedua-dua gol Bayern dijaringkan selepas Park dikeluarkan dan diganti dengan pemain lain.

Kebolehan dan taktik serba boleh Park, khususnya di Eropah. Bermula dengan melawan Wolfsburg diposisi sayap dan berakhir diposisi pertahanan (Park berkata, "Ini pertama kali saya bermain pada posisi ini sejak di universiti").

Park menjaring gol penting menentang Arsenal, termasuk menentang AC Milan di Old Trafford dan menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Liverpool, inilah bukti bahawa Park juga merupakan pemain yang mampu memberikan ancaman kepada pihak lawan.

Apabila anda memikirkan tentang Superstar M.U, Park Ji-sung mungkin tidak langsung muncul difikiran anda. Tetapi, jangan memandang remeh dengan kebolehan Park, semasa melawan Chelsea anda boleh membuat taruhan dia tidak akan mengecewakan ...

The Ji-sung Park effect –
Since the beginning of December 2009:

With Park (17 games)
Won 14 (82.4%)
Drawn 1 (5.9%)
Lost 2 (11.7%)
Goals for: 41 (2.41 goals per game)
Goals against: 12 (0.7 goals per game)

Without Park (10 games)
Won 6 (60%)
Drawn 1 (10%)
Lost 3 (30%)
Goals for: 24 (2.4 goals per game)
Goals against: 8 (0.8 goals per game)

02/04/10- ManUtd.com

0 Comments:

Post a Comment