Pages

Monday, April 19, 2010

Pertanyaan yang membakar semangat dari Alex Ferguson...

Manchester - Manchester United kembali ke landasan sebenar setelah mencapai kemenangan penuh dramatik ke atas Manchester City. Ini adalah kerana kata-kata semangat daripada Sir Alex Ferguson yang telah membakar semangat anak-anak buahnya.
Sebelum itu M.U ketinggalan empat mata (point) dibelakang pendahulu Liga Chelsea, Seterusnya menipiskan harapan M.U untuk mempertahankan kejuaraan Liga buat kali keempat berturut-turut.

Tetapi keadaan telah berubah dimana perbezaan hanya tinggal satu mata (point), berikutan kejayaan M.U menundukkan Man.City di tempat lawan dan kekalahan 2-1 Chelsea dengan Tottenham Hotspur, selain itu Spurs juga berjaya menghalang kemaraan Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 09/10 dengan lebih awal.

Menurut ketua pasukan M.U iaitu Gary Neville, sebenarnya kunci kemenangan keatas Man.City itu, adalah kerana kata-kata semangat yang diberikan oleh Sir Alex Ferguson (Manager) kepada mereka.

Oleh kerana semangat yang telah menbara untuk memenangi perlawanan itu, anak-anak buah Sir Alex Ferguson tidak menyerah kalah sehingga saat akhir permainan dan atas kesabaran serta usaha yang gigih akhirnya gol kemenangan M.U hadir pada 18 saat baki permainan berlangsung, disumbangkan oleh Paul Scholes.

"Sebelum pertandingan bermula, Manager bertanya kepada kami, 'Masih ingin memenangi gelaran ini?' kami menjawab, 'Ya, tentu kami ingin memenanginya'. Kami tahu harus tampil dan menunjukkan kepada peminat bahawa kami masih mempunyai harga diri dan  semangat ingin menang dalam pertandingan, seterusnya merangkul gelaran juara Liga," kata ketua pasukan M.U, Gary Neville kepada The Sun.

"Anda melihat Paul Scholes berlari 70 yard (64 meter) untuk sampai ke kotak penalti dan menyambut umpan silang daripada Patrich Evra itu sesuatu yang luarbiasa dan ini bukan soal pengalaman, tetapi ini adalah berkaitan dengan semangat juangan yang tinggi," tambah Gery Neville.

Dengan semangat dan kepercayaan diri yang tinggi masa kini, Neville mengingatkan pasukan bahawa perkara itu tidak boleh menyebabkan mereka berlengah. "Kami tak mahu kehilangan fokus kerana masih punya tiga baki perlawanan yang sukar, bermula dengan Tottenham hari Sabtu (24/04/10) di Old Trafford, seterusnya Sunderland dan terakhir dengan Stoke City dimana kami kena menang semua baki perlawanan disamping mengharapkan Chelsea akan kalah atau seri" kata ketua pasukan M.U itu.



0 Comments:

Post a Comment