Pages

Wednesday, April 14, 2010

£60 juta (RM336j) untuk beli Benzema


MANCHESTER: Tertekan selepas gagal layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah serta situasi tidak menentu sama ada dapat mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Sir Alex Ferguson kini ghairah mahu membeli bintang Real Madrid, Karim Benzema dan penyerang Valencia, David Silva.

Pengendali berbangsa Scotland itu difahamkan memujuk pengurusan tertinggi Manchester United untuk berbelanja besar mendapatkan dua bintang itu dari Liga Sepanyol dengan harga £60 juta (RM336 juta).

Ferguson mahu kedua-dua pemain ini memantapkan skuad yang sudah bergoyah selepas tersingkir daripada buruan beberapa trofi, musim ini tetapi tidak mudah panik kerana percaya perubahan besar tidak perlu dilakukan untuk kembali ke landasan kejuaraan.

Pemilik United, keluarga Glazers, mendakwa wang daripada penjualan Cristiano Ronaldo berharga £80 juta (RM448 juta) masih ada untuk rundingan pembelian seterusnya.

Ferguson cuba mendapatkan Benzema, 22, musim ini tetapi gagal selepas penyerang Perancis itu memilih Real Madrid yang memancingnya dengan harga £35 juta (RM192 juta) tetapi United percaya dapat membelinya dengan angka £25 juta (RM137 juta) kerana dia nampak kurang menyengat di Bernabeu (Real Madrid).

Jika Fergie mendapat lampu hijau untuk berbelanja besar bagi kelab yang turut dilanda beban hutang itu, dia akan membuat perubahan kecil tetapi mahal.

Pengurus warga Scotland itu yang pernah diberitahu dia tidak akan memenangi sebarang trofi jika bersandarkan kepada pemain bertaraf ‘budak’, terpaksa bergantung kepada barisan pelapis muda di Old Trafford apabila beberapa pemain veteran seperti penjaga gol Edwin van der Sar, 39, Gary Neville, 35, dan Paul Scholes, 35, mula hilang sentuhan.


14/04/10 - Berita Harian

Berbatov mungkin disingkirkan Akhir Musim ini?

Manchester - Kesabaran Sir Alex Ferguson pada Dimitar Berbatov nampaknya sudah berakhir. Dikhabarkan bahawa Sir Alex Ferguson bakal mennyingkirkan Dimitar Berbatov pada penghujung musim ini dan digantikan dengan Karim Benzema.

Manchester United mendapatkan Berbatov dengan bayaran yang mahal sekitar £30.75 juta pound (RM153.099 juta), dari Tottenham Hotspur, Tetapi Berbatov dianggap sebagai pembelian yang gagal. Sejak tiba di Old Trafford pada 2008 lalu, dia tidak pernah menunjukan persembahan yang diharapkan.

Ketidak percayaan Fergie terhadap striker Bulgaria itu kelihatan pada saat The Red Devils bertemu Bayern Munich di pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, dimana pasukan United memerlukan kemenangan untuk memastikan layak untuk ke separuh akhir, oleh itu Ferguson terpaksa mengambil risiko dengan menurunkan striker harapan mereka, Wayne Rooney.

Beberapa hari sebelum bertemu dengan Bayern Munich, Berbatov juga tidak dapat membantu pasukan 'The Red Devils' sebagai penyerang utama malahan ditundukkan oleh Chelsea di Old Trafford. Mengikut laporan, itulah satu-satunya peluang United menjarak mata dengan Chelsea sekiranya mereka dapat menundukkan Chelsea. 

Semasa The Red Devils menentang Blackburn Rovers, Berbatov juga tidak dapat menunjukkan peranan besar setelah bermain dari awal perlawanan. Oleh itu, M.U terpaksa pulang dengan keputusan seri 0-0 menentang Blackburn menyebabkan MU menjarakkan mata dengan Chelsea yang kini sudah berada di tangga teratas liga.

Keadaan ini membuatkan Ferguson semakin yakin akan menjual Berbatov diakhir musim nanti. Laporan dari TheSun.

Nama penyerang penganti suda pasti adalah Karim Benzema. Iaitu pemain kebangsaan Prancis, dimana pemain ini menjadi sasaran utama Sir Alex Ferguson sejak tahun lalu, Karim Benzema akan kembali diburu pada musim panas nanti selepas pemain itu beraksi hambar bersama Real Madrid musim ini.

Beberapa laporan juga mengatakan Benzema hingga kini belum menunjukkan kehebatan sebenarnya di Real. Selain itu Benzema juga beberapa kali berhadapan dengan masalah kecederaan, oleh itu Benzema tidak dapat bersaing dengan Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo yang kini menjadi pemain kesebelasan utama Real Madrid.

Tuesday, April 13, 2010

Harapan United sudah tersasar - Ferguson

BLACKBURN, England - Alex Ferguson mengakui harapan Manchester United untuk memenangi Liga Perdana England buat kali keempat berturut-turut seolah-olah tersasar, selepas mencatat seri tanpa jaringan di Blackburn.

Keputusan kelmarin menyaksikan United ketinggalan satu mata di belakang Chelsea dan bermain lebih satu perlawanan berbanding Blues.

Chelsea mungkin boleh melebar jurang mata kepada empat mata jika kelab itu menumpaskan Bolton di gelanggang sendiri, esok.

Pasukan bimbingan Ferguson akan bertandang ke gelanggang jiran tetangga, Manchester City minggu ini.

United hanya mempunyai empat perlawanan untuk diteruskan.

Kemenangan dalam semua perlawanan tersebut adalah penting bagi membolehkan pasukan itu memintas Chelsea, selain mengharap Blues akan turut mengalami keciciran mata pada pertemuan selepas ini.

Saingan akhir musim ini mendesak kedua-dua pengurus pasukan melakukan yang terbaik jika tidak mahu berputih mata.

Minggu lalu adalah tempoh yang amat sengsara buat Ferguson dan United.

Bagi saingan liga tempatan, kelab itu sekadar seri tanpa jaringan, manakala di peringkat Eropah, kelab itu tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila tumpas kepada Bayern Munich, Rabu lalu.

Selain kehilangan khidmat penyerang merbahaya, Wayne Rooney, United menerima perkhabaran lebih memeritkan apabila ketua pasukan England, Rio Ferdinand mengalami kecederaan pangkal paha.

Malah, dia juga diragui untuk diturunkan pada perlawanan menentang City di Eastlands, Sabtu ini.

Pemain sayap berpengalaman United, Ryan Giggs kini sedang bergelut dengan masalah kekejangan dan Rooney pula masih menjalani rawatan intensif berhubung masalah buku lali.

"Perebutan kejuaraan liga akan tersasar apabila kamu tidak memperoleh keputusan baik pada perlawanan seperti ini.

"Kami (United) kini kekurangan satu mata di belakang Chelsea dan pasukan itu turut mempunyai kelebihan kerana masih kekurangan satu perlawanan.

"Kelab itu mungkin akan menjadikan jarak pungutan mata kepada empat mata jika mencatat kemenangan pada baki perlawanan tersebut. Ia satu jarak yang besar.

"Pasukan ini berjaya menghasilkan banyak peluang dan memperoleh peluang secukupnya untuk menewaskan lawan (Blackburn). Kami seharusnya melakukan yang lebih baik.

"Ia satu keputusan yang mengecewakan. Tidak ada keraguan berhubung perkara itu. Ini satu keputusan yang menarik buat Chelsea.

"Mereka (Chelsea) akan menerima kunjungan Bolton, Selasa ini (hari ini). Apa yang pasti, mereka begitu bersemangat untuk mencipta kemenangan," kata Ferguson.


13/04/10 - Utusan Malaysia


Strong finish still needed

United's title hopes took a hammer blow after drawing 0-0 with Blackburn Rovers on Saturday. But despite that disappointment and the deflated feeling that has accompanied it, the team cannot down tools yet.

Chelsea have the clear advantage now - Carlo Ancelotti's side are a point clear with a game in hand - but the title race is not mathematically over.

And even if the Reds cannot claim a record fourth consecutive crown, then second place is still worth fighting for against Arsenal, given that the runners up get automatic qualification to next season's Champions League.

Chelsea are in action on Tuesday evening at Stamford Bridge against Bolton Wanderers, while Arsenal, who are two points behind the Reds, play their game in hand against Tottenham Hotspur on Wednesday.

United's next match is Saturday's lunchtime kick-off against Manchester City. There is, of course, more than just points at stake against our noisy neighbours, but both teams do need the win to attain as high a league placing as possible.

So, while we're not in the the position we'd like to be in, it's time for a deep breath and one final push. Nothing else will do.

 
The run-in: As it stands

Chelsea: Pos 1, P 33, Gd 54, Pts 74

Bolton (H) 13 April
Tottenham (A) 17 April
Stoke (H) 25 April
Liverpool (A) 1 May
Wigan (H) 9 May

United: Pos 2, P 34, Gd 50, Pts 73

Man City (A) 17 April 
Tottenham (H) 24 April
Sunderland (A) 2 May
Stoke (H) 9 May

Arsenal: Pos 3, P 33, Gd 41, Pts 71

Tottenham (A) 14 April
Wigan (A) 18 April
Man City (H) 24 April
Blackburn (A) 1 May
Fulham (H) 9 May

Sunday, April 11, 2010

Tanpa Rooney M.U mati..

Keadaan semakin tertekan, adakah Manchester United masih mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana musim ini.?

Pintu hampir tertutup buat Manchester United untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali yang keempat berturut-turut kerana mereka hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Blackburn Rovers malam semalam.

Keputusan tersebut menyebabkan M.U pulang dengan satu mata(point) dan berbaki empat perlawanan, oleh itu sekarang pasukan M.U hanya bergantung pada nasib, sekiranya Chelsea dan Arsenal memenangi perlawanan mereka hari selasa dan rabu ini. Maka impian Manchester United lebur dan menamatkan musim 2009/2010 tanpa Piala Liga Perdana.

Berkaitan pertemuan dengan Blackburn malam tadi, harapan peminat begitu tinggi untuk M.U memenangi perlawanan dan mengharap persembahan luarbiasa akan berulang seperti semasa mereka menentang Bayern Munich rabu lalu. Tetapi apa yang kita nampak hanyalah persembahan yang menyedihkan.

Mungkin ada diantara peminat terfikir, kenapa Sir Alex Ferguson menurunkan barisan kuda tua yang hampir pencen semasa menentang Blackburn Rovers di tempat lawan. Sedangkan mereka tahu pertemuan itu sangat penting untuk dimenangi, kerana selepas itu mereka hanya ada baki 4 perlawanan sahaja yang tinggal untuk membuka peluang memenangi Liga Perdana.

Adakah kerana perasaan terlebih yakin menguasai mereka, kerana hanya menentang pasukan yang kerdil seperti Blackburn ataupun pengurus tersalah membuat percaturan.

Sebenarnya inilah antara masalah pasukan Manchester United pada musim ini, kerana pengurus silap membuat percaturan akhirnya membawa padah kepada mereka. Kita memang tahu Sir Alex tidak menurunkan kesebelasan utama dalam perlawanan itu, kerana minggu depan mereka akan bertemu dengan musuh ketat mereka iaitu pasukan Manchester City. Tetapi tidak sewajarnya Sir Alex menyimpan pemain mereka, kerana setiap perlawanan sangat penting untuk mengutip 3 mata penuh.

Sekiranya kita ada membaca media berkaitan Chelsea, sebelum ini. Pengurus mereka iaitu Carlo Ancelotti serius menegaskan bahawa mereka akan menghabiskan baki 5 perlawanan ini seperti "perlawanan Final" dan akan menurunkan kesebelasan utama mereka agar mendapat hasil yang diharapkan.

Selain daripada tersilap membuat percaturan, masalah pasukan Manchester United juga adalah kerana terlalu bergantung dengan penyerang mereka Wayne Rooney dan apabila Rooney cedera seperti sekarang, keadaan pasukan M.U menjadi tidak menentu, terumbang ambing tanpa arah dan akhirnya kecundang.

Memang tidak dinafikan musim ini Manchester United hidup kerana adanya Wayne Rooney... Tanpa Rooney M.U mati...

Saturday, April 10, 2010

Musim 2009/2010 adalah musim tidak menentu buat Manchester United..


"Manchester United" nama yang tidak asing buat peminat bola sepak, sebuah kelab yang terkenal di serata dunia tidak kira peringkat umur daripada kakak-kanak sehingga dewasa. Apabila disebut sahaja perkataan M.U, orang akan mengatakan bahawa ianya sebuah kelab bola sepak gergasi di England.

Mengapakah nama Manchester United begitu terkenal?

Jawapannya mudah saja, kerana dalam tempoh hampir dua dekad ini, pasukan Manchester United telah mengukir nama dalam setiap kejuaraan, tidak kira di England atau di peringkat antarabangsa.

Mengikut statistik dalam Liga Perdana Inggeris sahaja, sejak tahun 1992 sehingga pertengahan 2010, M.U telah bermain sebanyak 691 perlawanan, mencipta kemenangan sebanyak 445, seri 146, kalah 100, gol 1365 dan bolos hanya 589. M.U berada di tangga teratas carta keseluruhan musim 1992 hingga 2010, manakala di tangga ke dua adalah pasukan Arsenal, diikuti Chelsea dan Liverpool. Demikianlah pencapaian pasukan Manchester United yang sentiasa menang dan jarang sekali kalah dalam perlawanan.

Peningkatan mendadak pasukan M.U, adalah pada tahun 2007, 2008, 2009 dimana setiap musim mereka akan memenangi tidak kurang dari 3 Piala kejuaraan. Selain peningkatan pasukan, M.U juga berjaya melahirkan bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia, seperti yang kita sedia tahu pada tahun 2008 Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.
Kecermelangan pasukan M.U pada ketika itu, adalah kerana adanya pemain yang berbakat dalam pasukan dan tidak dinafikan bahawa Cristiano Ronaldo adalah tonggak yang memberi motivasi pada pemain-pemain, selain itu M.U juga mempunyai barisan penyerang yang hebat seperti Carlos Tevez, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov.

Tetapi pada musim 2009/2010, rekod kecermelangan pasukan M.U seperti sudah terpadam, perestasi pasukan tidak menentu dari awal sehingga penghujung musim, kalau kita lihat dari carta Liga Perdana sahaja dalam 33 perlawanan, M.U telah menerima kekalahan sebanyak 7 kali, dimana dalam tempoh 6 tahun M.U tidak pernah dikalahkan sebanyak itu.

Selain Liga Perdana, kita boleh lihat daripada pusingan kelayakan Piala FA, pusingan pertama sahaja M.U telah disingkirkan oleh pasukan bawahan "Liga Perdana 2" iaitu Leeds United. Keadaan lebih menyedihkan adalah kerana perlawanan itu berlangsung di tempat sendiri (Old Trafford).

Bukan setakat itu sahaja keperitan pasukan M.U, dimana baru-baru ini M.U juga telah di singkirkan oleh Bayern Munich dari kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat suku akhir. Keadaan ini membuatkan kebanyakan peminat Manchester United kecewa, termasuklah saya.

Adakah prestasi tidak menentu M.U pada musim ini disebabkan ketiadaan 2 tonggak utama, iaitu Cristiano Ronaldo dan Carlos Teves dimana mereka telah berpindah ke Real Madrid dan Manchester City?.
Memang tidak dapat dinafikan ketiadaan Crastiano Ronaldo, menyebabkan kehilangan besar dalam pasukan Manchester United dan ramai orang mengatakannya termasuklah Media masa dan bekas pemain bola sepak.

Bakat yang ada pada Ronaldo sukar untuk dicari ganti dalam masa yang singkat, kerana kemahirannya begitu luarbiasa, kalau kita lihat dari segi dia membawa bola begitu lincah dan mengelirukan, lariannya yang pantas, begitu juga dengan tendangan padu dan hantara yang tepat, Selain itu Ronaldo juga mempunyai kebijaksanan yang tinggi semasa dalam permainan, "itulah Ronaldo."

Tambahan lagi pada musim 2009/2010 ini, nasib tidak menyebelai M.U kerana ramai tonggak utama M.U mengalami kecederaan dan memerlukan rehat yang panjang, seperti pada awal musim Park Ji Sung dan John O'sea, cedera semasa mewakili negara untuk kelayakan Piala Dunia. Seterusnya Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic pertahanan terkuat M.U juga cedera dan direhatkan hampir 4 bulan, begitu juga dengan Penyerang berbisa M.U iaitu Wayne Rooney cedera pada pertengahan dan akhir musim.

Keadaan yang lebih teruk pernah berlaku ketika semua pemain pertahanan M.U cedera termasuk penjaga gol Ewin Van De Sar, dimana tahap kecederaan pasukan M.U yang paling kritikal sehinggalah pengurus Sir Alex terpaksa mengambil pemain tengah Derran Flatcher dan Michael Carrick menjadi pemain pertahanan untuk beberapa perlawanan dan dalam keadaan itu dua kali pasukan M.U kalah, pertama dengan Fulham 3-0 dan Aston Villa dimana M.U kalah 1-0 di Old Trafford.

Masalah kecederaan ini menjadi lebih besar kerana tiada barisan pelapis yang berbakat mampu mengisi posisi tersebut. Terutama sekali di bahagian serangan tanpa Wayne Rooney pasukan M.U seperti kehilangan bisa. Oleh itu ramai penganalisis mengatakan pasukan M.U terlalu bergantung dengan Wayne Rooney.

Walau demikian, pasukan M.U masih boleh dikira berjaya kerana mampu mengilap bakat muda, terutama sekali pada Wayne Rooney, dan dia telah membuktikan sentuhan berbisanya dengan 26gol dalam Liga Perdana dan 34 gol untuk keseluruhan kejuaraan. Selain itu M.U juga ada Michael Owen yang baru menyertai pasukan musim ini, cuma sentuhannya kurang berbisa dan telah direhatkan sehingga akhir musim 2009/2010, kerana telah mengalami kecederaan lutut yang menghantui persembahannya sebelum ini. Semoga selepas melakukan pembedahan lutut Owen akan dapat membantu pasukan M.U musim baru akan datang.

Kita juga oleh lihat beberapa pemain yang semakin menyerla dalam pasukan M.U, seperti di bahagian Bek kanan pemain muda Rafael Da Silva telah menunjukan kemajuan dalam permainan, cuma masih kurang pengalaman, begitu juga di bahagian midfieder Darron Gibson dan yang paling menyerla adalah rakan senegara Cristiano Ronaldo iaitu Nani, selepas sembuh daripada kecederaan dan kembali dalam kesebelasan utama. Kita boleh lihat dalam beberapa perlawanan dia telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi skill mengelecek, larian dan hantaran yang semakin tepat, apa yang penting dia bermain dengan lebih matang dan berani.

Maka apa yang kita harap untuk musim yang baru 2010/2011, Manchester United akan kembali bangkit daripada musim merundum dengan kembalinya pemain-pemain berpengalaman mereka separti Owen Hargreaves, Michael Owen dan adanya pemain-pemain yang baru dan berbakat.

Mengikut laporan terkini M.U telah membeli 2 orang pemain baru, untuk memperkuatkan pasukan pada musim 2010/2011, pertama pemain pertahanan Chris Smalling daripada pasukan Fulham, dan baru-baru ini M.U telah membeli seorang bintang hebat daripada Mexico iaitu Javier Hernandez yang lebih dikenali sebagai "Chicharito", untuk menajamkan bahagian serangan Manchester United pada musim depan.

Menurut laporan walaupun baru berusia 21 tahun, pemain kebangsaan Mexico ini begitu berbisa sekali kerana dalam 28 perlawanan, dia telah menjaringkan 21gol dan  Javier Hernandez @ Chicharito akan menyertai pasukan M.U bermula 1july nanti.

Dengan adanya bintang baru ini pastinya ramai peminat M.U tidak sabar untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Chicharito..




Patrice: We'll win the league

Patrice Evra was bitterly disappointed to go out of Europe on Wednesday night, but now says he’s “ready to fight” for the Barclays Premier League title.

The Frenchman says he couldn’t bring himself to turn on the television or read any press following United’s Champions League exit, a result he admits “was a big shock”.

“I never expected we’d go out in that way,” he said. “But if we’re out of Europe it’s because we didn’t deserve to go through.

“I hear a lot of people are blaming Rafael but I can’t believe that. He’s only a young player. Okay, he was sent off, but Manchester United can win matches with 10 men. If you need to blame someone then blame the team. Maybe we didn’t do our job properly in the first leg.”

United manager Sir Alex Ferguson often stresses the importance of bouncing back after disappointment and Evra wasted little time dwelling on the Reds’ European heartache.

“I was very upset on Wednesday night, but when I woke up the next day I said to myself: ‘Pat, you have the privilege to win the league again, for the fourth time in a row’.

“And I’m not saying that just to look good in an interview. I truly believe this. I was sad on Wednesday but now I’m okay: I’m ready for the fight.

“Manchester United have to win five games in a row. Is that difficult? I don’t think so. I think we can do that, but the only way we will do that is by showing spirit. When Manchester United play with the right spirit, nobody can beat us.

“The only satisfaction I had after going out to Bayern Munich was the spirit we showed – we started the match with so much hunger. This is key for the end of the season. You need to have that hunger.

“At the end of the season I might regret the way we threw our Champions League chance away, but now is not the time for regrets. Now it’s about fighting and playing with heart. Winning the league will be difficult, but I’m confident.”