Pages

Friday, April 16, 2010

Mancini cetus kemarahan Fergie

Pengurus City label kelibat Tevez kini setaraf Rooney dan Messi

MANCHESTER: Roberto Mancini mencetuskan kemarahan Alex Ferguson dengan mendakwa Carlos Tevez sudah menjadi satu daripada tiga penyerang terbaik dunia sejak meninggalkan Old Trafford.

Pengurus Manchester City itu beranggapan wira yang sudah menyumbat 28 gol di Eastlands itu boleh diperkatakan dalam nada sama seperti Wayne Rooney dan Lionel Messi.

Tevez, 26, bermain bola sepak terbaik dalam kerjayanya menghampiri pertembungan dengan bekas kelabnya dalam derby Manchester, esok.

Namun, dia dilepaskan oleh United kerana Fergie merasakan dia tidak bernilai £25 juta (RM137.5 juta) seperti diminta musim panas lalu.

Kini prestasi hebatnya kebelakangan ini adalah berita buruk buat harapan juara bertahan itu untuk mengekalkan gelaran mereka - dan Mancini berkata dia akan sentiasa meningkat naik.

Warga Itali itu berkata: “Carlos adalah pemain penting buat kami tetapi dia boleh bertambah baik tahun depan.

“Apabila anda pilih pemain terbaik, anda memilih Rooney, Messi dan Tevez. Messi adalah yang terbaik ketika ini. Tetapi Carlos dan Rooney sangat, sangat hampir.”
 
 
10/04/10 -Berita Harian
 
 

0 Comments:

Post a Comment