Pages

Tuesday, April 6, 2010

Rooney yang diharapkan, kembali....

Sir Alex Ferguson  memberikan kejutan musim ini dengan memasukkan Wayne Rooney dalam rencananya untuk Suku Akhir  Liga Juara-Juara Eropah melawan Bayern Munich pada hari Rabu ini. Sebelum ini Ferguson berkata, Wayne Rooney tidak akan beraksi  selama dua atau tiga minggu selepas mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki dalam kekalahan 2-1 selasa lalu  di Munich.

Tapi Rooney telah memberi respon positif dalam rawatan intensif dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Rooney akan kembali beraksi dalam jangka masa terdekat ini. Ferguson tidak akan meletakkan  Rooney dalam risiko sebaliknya akan menunggu sehingga esok sebelum mengambil keputusan. Sekiranya pemain yang berusia 24 tahun ini masih belum dapat menyertai rakan-rakannya dalam sesi latihan, dia tidak akan dimasukkan. Alex Ferguson berharap agar Rooney cepat sembuh sepenuhnya untuk  kembali beraksi di Old Trafford dan meningkatkan peluang M.U mara ke Perlawanan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah.
 
Mengikut laporan, Sir Alex menyatakan bahawa kemungkinan tidak akan memasukkan Gary Neville, Paul Scholes dan Ryan Giggs untuk menentang Bayern Munich pada hari Rabu ini. Rafael Da Silva, Michael Carrick dan Nani direncanakan untuk menggantikan pemain veteran ini, yang nampak kurang bersemangat dan keletihan selepas melawan Chelsea dimana M.U mengalami kekalahan ketujuh Liga Perdana musim ini.

Dalam satu lagi laporan, mengatakan Berbatov mensia-siakan peluangnya semasa mengisi posisi Rooney - kurangnya ketajaman dibahagian serangan adalah punca masalah yang sebenarnya di Old Trafford. Sepanjang musim Ferguson telah meletakkan harapan  kepada Rooney dan tidak penganti seperti sebelum ini. Setahun yang lalu M.U mempunyai Rooney, Berbatov, Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez. Sebelum itu, ada Rooney, Ronaldo, Ruud van Nistelrooy dan Louis Saha.

05/04/10 - ManUtd.com


0 Comments:

Post a Comment